in

Aku Kembali Bersemangat Untuk Melabur Saham


Nothing much to say sebab minggu ni agak busy. Nak update entri kat blog pun tak sempat. Cubaan untuk memaksa diri menghadap laptop kebanyakannya berakhir dengan kekecewaan. Bila mata dengan sendirinya terlelap tanpa disuruh-suruh. Nasib baik laptop masih utuh melekat diatas perut. Hahaha.

By the way, just nak recap apa yang berlaku minggu lepas.. Aku ada attend event Simposium Saham di Shah Alam.

Simposium ini yang banyak berkongsikan info-info mengenai pelaburan saham patuh syariah, disampaikan oleh panel-panel yang berpengalaman. Diantaranya adalah CEO Bursa Malaysia, Pengarah DNEX BHD, CEO PPZ – MAIWP, Ustaz Haslin Baharin – Penceramah bebas dan lain-lain.. MasyaAllah. Hebat-hebat belaka.

Sekaligus membuka mata aku semula untuk kembali aktif dalam dunia pelaburan saham.

Actually, kalau bercakap bab saham.. sebenarnya dah lama dah aku ada akaun CDS (Central Depository Service) – akaun wajib untuk trade saham.

Tapi disebabkan faktor moral down kerana lebih banyak rugi daripada untung, jadi semangat tu jadi pudar. Hahaha. Apa-apa pun.. Thanks to Asri Ahmad Academy dan juga panel-panel yang hadir memberi perkongsian tempoh hari kerana berjaya menghidupkan kembali semangat aku.

 

Kalau tak kerana aku hadirkan diri ke event ni.. tak mungkin atau entah bila lagi aku nak login balik trading acc online aku tu. Hohoho.

Fakta 1: Sebanyak 1.9 juta akaun CDS didaftarkan di dalam Malaysia, namun hanya dianggarkan sebanyak 26% saja merupakan pemegang akaun bumiputera.

Antara perkongsian ilmu yang dikongsikan ialah, 7 RM rules untuk sukses dalam pelaburan saham

  1. Right mindset
  2. Right market
  3. Right meaning/moat
  4. Right management
  5. Right market price
  6. Right moment
  7. Right money management

So kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang ilmu yang diajar, tapi masih blur-blur macam mana nak join event sebegini dimasa akan datang. Korang follow je web asriahmadacademy.com supaya tak terlepas update ok.

Nota kaki: Hopefully dengan semangat yang baru dalam diri aku, dapatlah aku polish balik skill yang masih dikategorikan sebagai newbie ni. Tak dapat untung banyak, untung sikit pun jadi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Persediaan untuk hari persaraan katanya. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *