Kalau aku dekat Europe, mesti hari-hari dah kena tangkap dengan pihak berkuasa tempatan.
Sebabnya, kes dera anak-anak.
Tiap-tiap pagi.. asal daddy atau ibu nak mandikan Khair, mesti dia terjerit terlolong macam orang sakit kena pukul. Duduk mandikan dia pun sampai boleh berdengung telinga dengar jeritan dia.
Ayat paling best yang pernah dia bagi..
Adui.. Sakitnya!
Bila ditanya sakit apa.. dia jawab, sakit sebab air sejuk.
Hadoyai.. Air sejuk boleh sakit hokay. Belum lagi dia jerit suruh tutup kipas bila dah siap mandi.. Pun sebab sejuk jugak. Hahaha.
Macam mana ni.. Macam mana ni?!! Macam mana nak selesaikan masalah ni?!! Hahaha
Tiap-tiap hari kot dia menjerit nak mandi pagi. Bukan jarang-jarang. Ada hari kalau nak daddy dan ibu nak cepat pergi kerja, boleh stress jugak dengan perangai dia susah nak mandi pagi. Belum campur lagi part nak bangunkan dia dari tidur.. berguling sana, berguling sini.
Kena pujuk, peluk.. geletek-geletek sikit. Baru mood dia okay. Hohoho.
Tapi..
Walaupun mood dah okay.. Bila masuk dalam bilik air, tetap jugak menjerit. Sejuk! Hahaha.
hahahaha~ comel !! tapi anak lelaki memang gitu kot.. lagi lagi part guling guling geletek sebab nak suruh dia bangun tu..
hahaha..dramaking gak Khair ni..aku igtkn anak aku je macam tu
sandiwara semasa nampaknya…
okay drama yang sama si angah Ummi selalu buat
hehehe… sama je anak2 yg kat rumah ni.. yg kami buat sediakan mainan buat dia kat bilik air bg dia dia leka kejap.. pastu bila mandi ok je.. dah selalu lelama ok je diorang..
Anak oh anak..Sama je drama anak saya nangis gak bila mandi air sejuk.. kalau rumah sendiri mandi air sejuk ok lagi. Kalau rumah nenek atok mandi air sejuk meraung mcm kene pukul. Padahal suhu air sama aje.. huhiii…