Aktiviti Masa Lapang – Design Web Dan Blog

Selalunya bila aku tak ada kerja atau ada masa terluang, aku akan spend masa dengan maintain blog atau website yang aku pernah buat. Antara blog utama yang aku beri komitmen penuh adalah hafizrahim.com dimana blog ini secara umumnya adalah blog peribadi – meaning ianya untuk aku ceritakan segala personal, parenting matter dan tak kurang juga apa saja yang berkaitan dengan tech.

Selain itu, disamping berkongsi info di laman-laman blog, aku juga aktif dalam membina laman-laman web. Ada diantara laman web yang aku bina adalah bertujuan untuk skill development dan tak kurang juga untuk kepuasan diri sendiri – dimana ianya tak pernah di-publish, tapi sekadar simpanan didalam local host (dalam laptop sendiri je), tetapi ada juga sesetengah laman web yang dibina adalah untuk kegunaan orang lain.

Contoh website yang pernah dibina oleh aku adalah kbba9.com; dimana laman web ini adalah sebuah laman rasmi untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.

Secara umumnya, laman ini menggunakan custom design dengan beberapa tetapan asas di mana pengunjung boleh juga melawat laman web tersebut sebagai blog.

Manakala satu lagi contoh, laman ecommerce yang baru aku siapkan iaitu moorahstore.com. Secara umumnya, seperti yang korang dapat lihat sendiri, laman web ini adalah sebuah laman web jualan yang mana produk utama laman web ini adalah pakaian.

Dengan tetapan yang lebih rumit, laman web ini disertakan payment gateway – di mana pengguna boleh membuat belian di atas talian secara mudah dan ianya fully automated.

By the way, dua laman web diatas adalah contoh laman web statik. Jika korang ingin melihat laman blog yang pernah aku bangunkan, mungkin korang boleh usha lamanresepi.com – basically laman blog ini adalah ber-niche-kan resepi. Manakala, direktorikerjaya.com pula adalah blog ber-niche-kan kerjaya.

So, apa yang aku ingin kongsikan disini, sebenarnya aku nak bagitahu korang.. in case kalau korang berminat nak aku design-kan laman web ataupun blog, boleh hubungi aku melalui admin@hafizrahim.com.

Dengan syarat, laman web atau blog yang ingin dibangunkan adalah berteraskan platform WordPress.

Nak design lagu mana, kita boleh adjust. Cuma, kalau dah nak suruh aku buat tu.. jangan expect ianya percuma ye. Bagilah pengeras sikit. Depend on budget korang, kita boleh kawtim dan list down apa yang boleh kita buat. Okay tak? Hehehe

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *