in

Aktiviti Hari Cuti


Hari cuti, hari bersama keluarga.

Dan macam biasa, semua bangun awal-awal pagi bersiap untuk sarapan bersama-sama dikedai mamak.

Kegemaran Khair, roti canai dan ayam goreng. Makan sampai tak ingat dunia. Semua orang yang tengok pasti terhibur dengan karenah lucunya. Haishh..Khair..Khair..

khair dan mama

Siap bersarapan, isteri buat special request. Katanya nak ke Nilai 3. Hendak cari bunga telur untuk persediaan majlis perkahwinan adiknya tahun depan.

Hmm nama pun dah hari cuti. Jadi layankan aje permintaan isteri. Lagipun bukannya jauh Nilai 3 dengan Bandar Baru Bangi. Dalam 20 minit perjalanan.

Nilai 3, sebuah pusat perniagaan yang khusus kepada barangan perkahwinan, perhiasan rumah dan juga kain baju.

kedai bunga nilai 3

Jalan-jalan dekat Nilai 3 agak seronok, sebab banyak kedai yang boleh pelanggan cuci mata dan tawar menawar.

Salah sebuah kedai yang sempat dikunjung
Salah sebuah kedai yang sempat dikunjung

Cuma satu je yang aku perasan, harganya dah tak semurah dulu. Mungkin sebab tenpatnya dah popular, jadi kadar sewa pun dah meningkat. Tak pun sebab harga gula dah tak ada subsidi. Hehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Bahrain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *