Hari cuti, hari bersama keluarga.
Dan macam biasa, semua bangun awal-awal pagi bersiap untuk sarapan bersama-sama dikedai mamak.
Kegemaran Khair, roti canai dan ayam goreng. Makan sampai tak ingat dunia. Semua orang yang tengok pasti terhibur dengan karenah lucunya. Haishh..Khair..Khair..
Siap bersarapan, isteri buat special request. Katanya nak ke Nilai 3. Hendak cari bunga telur untuk persediaan majlis perkahwinan adiknya tahun depan.
Hmm nama pun dah hari cuti. Jadi layankan aje permintaan isteri. Lagipun bukannya jauh Nilai 3 dengan Bandar Baru Bangi. Dalam 20 minit perjalanan.
Nilai 3, sebuah pusat perniagaan yang khusus kepada barangan perkahwinan, perhiasan rumah dan juga kain baju.
Jalan-jalan dekat Nilai 3 agak seronok, sebab banyak kedai yang boleh pelanggan cuci mata dan tawar menawar.

Cuma satu je yang aku perasan, harganya dah tak semurah dulu. Mungkin sebab tenpatnya dah popular, jadi kadar sewa pun dah meningkat. Tak pun sebab harga gula dah tak ada subsidi. Hehe.
hoho..best la. dapat cutiiii..
pening bila pergi nilai 3, tak tahu mana satu yang terbaik..
Kena rajin usha satu per satu kedainya bro.hehe
terima jer bila harga dah naik.. hehehehe…
berselera khair mkn roti canai..
kt nilai 3 mmg murah2 jgk harga brg kawin tp kena pndi survey sbb xsmua murah…
Khair dengan roti canai tak dapat dipisahkan.hehe
a’a..nilai 3 tak semuanya murah. kadang2 lagi mahal daripada luar
Lama tak pi nilai 3, last sekali pergi sana 2 tahun sudah.
lama sangat dah tu..sekarang dah lain sangat bro.
Tak pernah pergi lagi nilai 3 ni
Tidak pernah sampai lagi Nilai 3 ini. Ramai kata barang dekat sini murah.
Nak kata murah sangat tu tak lah bro. kalau datang jauh tak berbaloi sangat.
org pompuan syok la pergi sini