in

Akhirnya Unifi Plus Box Dapat Berfungsi


Unifi Plus Box dah pasang. Tapi tak boleh guna. Apa cerita? Haa.. gini ceritanya. Masa awal-awal device ni diiklankan, aku dah memang tertarik. Sebab STB aku pun jenis zaman dinosour punya (warna kelabu tu). Maka, disebabkan rasa excited terlampau.. dengan pantasnya aku call Unifi untuk purchase device tu sahaja (existing user kena bayar RM10 monthly untuk 24 bulan, disamping kontrak akan di renew).

Okay, tu proses pembelian. Success. Device tu pun dah dipasang kat rumah aku pada 19 Januari 2020. Tak ada masalah.

Tapi.. tapi..

Yang membuatkan aku rasa marah bilamana device tu dah pasang, haram tak function pun. Fungsi unifi playTV langsung tak boleh nak tengok. Sebab? Tak boleh nak login. Katanya untuk login tu, ID aku masih dalam proses migrate.

Aku tak tahu lah berapa lama TM nak ambil masa untuk migrate, tapi untuk kes aku ni.. dah 2 minggu lebih, almost 3 minggu. Sedangkan masa pasang tempoh hari installer bagitahu bahawa ID aku tu akan siap migrate dalam tempoh masa singkat je.

Disebabkan bengang campur marah device yang dibeli tak boleh nak guna pun, beberapa kali aku follow up sama ada melalui live chat, phone call, direct message fanpage, DM kat Twitter (siap mentioned Menteri Telekomunikasi @GobindSinghDeo). Dan lepas tu aku ada hantar jugak aduan kat SKMM.. kemudian yang terbaru, aku spam screenshot live chat aku dengan Customer Service Unifi kat comment section fanpage Unifi.

Jeng jeng..

Akhirnya selepas aku report pada SKMM dan dan spam comment kat fanpage, Alhamdulillah baru ada respon yang “agak okay” daripada mereka, bilamana dekat Facebook ada seseorang internal staff DM aku privately selepas dia terbaca komen spam aku tu.

Lalu aku pun explain apa masalah aku, dan dia pun tolong lah check internally. Dalam masa yang sama jugak aku follow je advise mamat tu untuk contact live chat lagi sekali untuk bertanyakan status.

Tanya punya tanya.. jawapan last yang aku terima daripada Customer Service adalah.. “Sila rujuk kami semula pada hari esok (Jumaat)“.

Merujuk kepada jawapan tersebut, aku forward pada mamat yang internal staff TM tu.. terus dia kata, should be dah ok dah sampai situ. Cumanya kena tunggu lagi sehari la tengok dia punya progress macam mana. Sebab waktu tu pun, dia kata dalam sistem memang tengah pending. So disebabkan aku pun percaya kat dia, maka aku pun tunggu lagi sehari.

Tik tok tik tok.. jam terus bergerak.

Hari ni.. bila sampai je di pejabat, aku tak tunggu lama untuk follow up lagi sekali. Yang mana untuk live chat kali ni ada seorang awek yang entertain aku, katanya migrate masih lagi dalam proses. Dia pun tak sure bila selesai. Difahamkan bahawa selalunya kalau diorang dapat update pun migrate dah settle pun adalah keesokan harinya selepas migrate berjaya dibuat (migrate biasa akan dibuat pada hari Jumaat.. katanya la).

Sekali lagi.. aku pasrah. Nak maki tak sampai hati, sebab aku tahu bukan salah dia jugak pun kalau aku marah lebih-lebih.

Dan.. nak dijadikan cerita ni menjadi happy, petang tadi aku dapat email. Email apa?

Email maklum balas daripada aduan yang aku buat kepada SKMM. Dan melalui email tersebut, ini haa jawapannya..

Haaaa! Akhirnya.. Siap pun migrate ID aku. Puas aku membebel kat live chat. Dah kena report SKMM baru siap ye. Kalau tak report, entah bila nak settle.

Bikin panas betul. Memang la aku bayar murah je RM10 sebulan untuk device tu, tapi hakikatnya aku “bayar” kot.. bukan aku ambik free. Haih.. hopefully la TM improve servis diorang. Jangan nak kejar sales je, tapi servis hancur.

p.s: So selama aku guna Unifi, ini satu je la ketidakpuasan hati aku. Servis-servis yang lain macam speed internet semua tu, ianya masih cemerlang.. aku tak ada benda nak complain.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *