in

Akhirnya Tuner Datang Servis (Tuning) Piano


Masa beli piano Khair Februari lepas, aku dijanjikan dengan pakej free tuning apabila piano dah siap refurbished dan selamat dihantar ke rumah. Tapi disebabkan elok pulak lepas dapat piano tempoh hari, beberapa minggu lepas tu kena PKP. Maka appointment dengan tuner terus tergendala.

Delay punya lama sampaikan kelmarin, tiba-tiba ada seorang cina ni whatsapp aku.. katanya nak datang untuk servis piano. Jadi bila dia bagitahu nak servis piano tu lah baru aku teringat, owh a’ah la.. apointment nak servis dulu, piano aku tak pernah buat lagi (yang mana sebelum ini aku ingatkan dah kena scam dengan tokey kedai piano tu sebab kata nak bagi free servis tapi tak dapat-dapat. Rupa-rupanya tuner yang nak datang tu tak berkesempatan lagi nak datang ke rumah. Hahaha).

So memandangkan tuner tu dah tanya semalam aku ada kat rumah ke tak untuk datang servis, aku pun malas lah nak adjust ke tarikh lain kan. Kang kalau minta datang hari lain, silap-silap tertunda lagi perancangan nak servis piano yang dah lama beli ni. Jadi, aku iyakan aje.

Tengahari jam 2.30 lepas solat Jumaat dia sampai di rumah, dia keluarkan tools untuk tuning piano. Dan yang pasti aku perasan dia guna semacam sound meter (tuning meter) untuk betulkan sound piano. Dekat meter tu ada lampu kuning, ada lampu merah. Bila lampu merah keluar, yang tu maksudnya tune lari la kot.

Dalam setengah jam tuning piano dah siap. Dalam hati aku, wah ingatkan lama. Kejap je rupanya. Dan wife pun ada tanya kan juga lepas ni nak kena servis bila pulak? Katanya lepas ni servis selepas 6 bulan. Bila dah selesai yang selepas 6 bulan tu, schedule untuk servis dan tuning piano akan bertukar jadi yearly (setahun sekali) – tuner ni ada simpan rekod dan akan call bila dah sampai masa untuk servis.

Owh.. tak ada lah kerap sangat. Manakala untuk caj yang dikenakan untuk servis pun tak adalah mahal. Katanya RM130 sekali servis. Well.. bagi aku okay je dengan harga tu. Asalkan dia buat kerja elok. Nak tune/servis sendiri tak reti. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *