Akhirnya.. Terkena Juga Sakit Mata

Akhirnya aku terkena juga sakit mata. Bermula dengan Haziq, kemudian berjangkit pada ibu.. seterusnya aku.

Haduhh.. senak rasa mata. Hilang kejap wajah macho.

Kalau ikutkan rekod, dah bertahun aku tak kena sakit mata ni. Kali terakhir kena rasanya masa sekolah dulu. Maknanya dah berbelas tahun. Hohoho

Sekarang ni yang masih terselamat dalam rumah cuma abang Khair. Mungkin kali ni antibodi dia kuat sikit kot. Tapi, syukur juga dia tak kena. Aku berdoa sangat dia tak kena sakit mata, sebabnya kalau dah terkena nanti.. huh tak dapat bayang perangai dia macam mana. Hahaha

Bila bercerita bab sakit mata.. Satu benda yang aku tak suka, bila masa nak kena titik ubat.

Bukan sebab sakit atau aku alergi. Tapi rasa ubat tu.. pehh bila dia turun ke tekak, rasa pahit. Nak termuntah wei! Aku lagi sanggup makan ubat banyak-banyak daripada letak ubat titis.

Tapi apakan daya, dah jenis ubat sakit mata ni macam tu kan. Terpaksa hadap. Hmmm..

By the way, aku sakit mata start kena sabtu pagi. Sempat juga pagi tu pergi NU Sentral tengok launching buku projek MRT untuk kanak-kanak masa mata dah mula rasa berpasir. Tapi petang sikit, bila tengok dalam cermin.. mata dah mula kemerahan macam mata hantu. Grr.. bila nak baik mata ni. I don’t like you wahai sakit mata. 😤

p.s: Bila Google petua mengubati sakit mata, terjumpa satu petua ni.. dia kata guna susu murni. Omaigod. Susu murni ni apa wei? Susu brand nama MURNI ataupun susu daripada orang nama murni? Kasi jelas la dey.. Petua-petua lain macam biasa, letak hirisan timun, hirisan kentang ataupun sapu air mawar atau air sireh. Hirisan timun mungkin boleh cuba kot, sebab timun senang nak cari. Hehehe

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *