in

Akhirnya Jumpa Juga Tempat Kutipan Baju Lama


Kononnya semalam nak pergi UPM, sebab nak hantar dan donate baju terpakai yang dah berlonggok kat rumah tu. Tapi malangnya, baru je exit tol Serdang.. dah nampak kereta beratur bukan main panjang dekat pintu belakang UPM.

Adoyai.. ingatkan beratur tu tak ada lah lama sangat. So gagahkan diri beratur sekali dibelakang kereta yang dah awal-awal beratur. Tunggu 1 minit tak gerak, 5 minit tak gerak jugak.. Hampir 15 minit, baru kereta mampu bergerak beberapa meter. Ahh sudah. Tak boleh jadi ni. Lagipun aku tak punya masa yang banyak, nak kena ambil Khair balik kelas Taekwondo pulak.

Nak tak nak terpaksa cancel plan. Tak ada rezeki nak serahkan baju terpakai yang penuh dalam bonet aku tu. Sedih..

Tapi, nak dijadikan cerita.. dalam perjalanan balik ke rumah. Sempat aku search keyword “pusat kutipan baju lama” dekat Facebook. Dan tak semena-mena langkah kanan agaknya, nampak 1 posting yang menunjukkan ada gambar seorang perempuan ni selfie dengan tong recycle putih.

Dalam posting tu dia kata, dia baru je donate baju-baju lama dalam tong recycle tu. Dan yang menariknya, lokasi tong putih tu pulak dekat sebelah Panggung Seni, UKM. weh, dekat je tu dengan rumah aku.

So tanpa fikir panjang, aku cakap kat wife.. jom hantar sana. Alang-alang dah penuh bonet, pergi sana je la terus. Lagipun, memang kawasan aku. Cuma sebelum ni tak tahu je kewujudan tong recycle tu. Hehehe.

Masuk pintu utama UKM, terus ke arah Panggung Seni. Dan akhirnya, tadaaaa.. Jumpa tong recycle barang terpakai.

Menariknya juga, selain ada tong putih recycle tu, ada juga disediakan tong sampah mengikut pecahan item-item yang boleh direcycle. Aku pun apa lagi, sumbatkan baju-baju terpakai aku tu sebanyak yang boleh.

Daripada berbelas-belas beg plastik sampah besar tu.. dapat lah aku letak dalam 8-9 beg. Okay dah tu aku cakap kat wife. Yang baki-baki dalam bonet ni tunggu next round bila tong recycle tu dah dikosongkan. Dekat dengan rumah kan.. apadahal. Boleh datang anytime. Hehehe.

By the way, dekat tong recycle putih ni jugak dibangunkan pusat kitar semula UKM. Ada ruang pameran. Dan ada juga satu pejabat kecil.

Aku pun tak tahu macam mana diorang beroperasi, tapi yang pastinya dibuka setiap hari bekerja. Nanti kalau ada masa terluang nak try datang tanya la. Kot-kot boleh jual barang ke ape kan.

So kalau korang ada baju-baju lama dan terpakai yang tak tahu nak letak kat mana dan nak disumbangkan pada mereka yang memerlukan, datang je la letak kat UKM ni. Mudah.. maksud aku untuk korang yang duduk berdekatan la. Jangan la duduk kat Johor ke, Melaka ke, Perak ke.. nak datang letak kat sini jugak. Jauh tu. Hahaha

Nota: Difahamkan baju-baju terpakai yang dikumpulkan dalam tong recycle ni akan diuruskan oleh syarikat Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd. Fokus mereka lebih kepada meminimumkan bahan-bahan pelupusan demi kelestarian alam sekitar.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *