in

Akhirnya Dapat Upgrade TM UniFi 30 Mbps


Fuu.. sedap betul. Speed limit UniFi dah cecah 30 Mbps. Combine pulak dengan router ASUS RT-N12HP, haruslah connection jadi lebih stabil. Mengalahkan celcom 4G LTE. Hohoho.

Actually kontrak aku dengan TM dah nak habis bulan November ni. Tetapi sebelum habis, terus dapat call daripada sales representative untuk offer pakej baru.

Yang menariknya, pakej baru tu ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang di-offer kat luar sana.

Haihhh..

Macam tau-tau je diorang ni kan aku dah lama teringin nak upgrade. Dulu niat terbantut sebab harga pakej agak tinggi. Tengok je pun setakat tangkap leleh je la. Almaklum lah, komitmen banyak. Nak berbelanja sesuka hati memang tak boleh. Kena buat perancangan rapi. Silap hari bulan, terlebih belanja.. makan megi jawabnya. Hahaha.

unifi-speed-test

Haa.. Alang-alang cerita dapat promo upgrade.. Mesti korang nak kata..

Mestilah TM offer sebab dia nak kita renew kontrak..

Well.. itu dah semestinya.

Dah nama pun diorang nak jaga sales diorang. Kalau kontrak aku dah tamat, maknanya seorang customer boleh lesap anytime la kan. Dalam erti kata lain.. tak secure. Jadi, renew kontrak is the best decision for them to make.

Tapi.. aku tak kisah..

Macam kontrak aku dengan DiGi gak. Walaupun kontrak nak habis dan DiGi offer renew kontrak, aku renew je. As long as servis yang diberikan bagus. So far, DiGi dan UniFi.. memang aku puas hati. Tak ada major problem.

Setakat kejap-kejap tak dapat connect internet, kena restart modem tu.. ada la. Tapi.. bila dah tukar pakai router baru.. fuu, aman tenteram. No more downtime. Hee.

speed-test-unifi-30-mbps

Kat sini aku kongsikan speed test sebelum dan selepas. Duduk dalam bilik, tutup pintu dapat 27 Mbps. Ok what. ;p

Update: Baru-baru ini dapat tawaran daripada TM untuk free upgrade ke 50 Mbps. Peh.. Best gila dapat speed internet lagi laju.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Dengan kelajuan macam ni, sangat syok bila nak download movie atau file2 yang besar ni. Kalau live streaming mesti tak ada sangkut-sangkut ni kan

  2. nanti free upgrade ke 50mps byk masalah… line x stabil… technician dah dtg n tukar router, katanya lg stabil.. rupanya sama je.. x tau apa masalah…. tgh pikir nk terminate je..

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *