Akhirnya Aku Langgan Spotify Premium


Antara banyak-banyak perkhidmatan music streaming online, Spotify adalah pilihan aku. Sebabnya, bila dibandingkan dengan pesaing-pesaing lain yang berada dalam industri yang sama, Spotify menyediakan lebih wide range of selection.. tak kisahlah apa jenis genre muzik yang pilihan korang.

Well, nak dijadikan cerita hari ini.. Setelah lama aku menjadi pengguna tegar Spotify untuk akaun percuma, akhirnya tergerak hati aku untuk menaik taraf kepada premium user.

Seperti yang ramai sedia maklum, Spotify premium terbahagi kepada dua iaitu akaun premium untuk individu dan satu lagi adalah akaun premium untuk family. Tapi, fokus untuk entri ini adalah lebih kepada Spotify premium for family.

Ada apa dengan Spotify premium for family

Dengan bayaran bulanan sebanyak RM22.40 sebulan, kelebihan akaun premium ini hadir apabila ia boleh dikongsikan dengan 5 ahli keluarga atau 5 rakan-rakan yang lain (dengan syarat ahli keluarga atau rakan telah mempunyai akaun Spotify dan menggunakan alamat menetap yang sama).

Meaning to say, melalui akaun Spotify premium for family ini.. hanya akan ada satu bil untuk dikongsikan kepada 6 orang. *Simple maths – RM22.40 sebulan kalau dibahagikan kepada 6 orang, ianya bersamaan RM3.73 seorang untuk setiap bulan. Jimat banyak jika dibandingkan bayaran bulanan RM14.90 untuk akaun premium individu. Betul tak?

Tetapi.. murah tu memang lah murah. Cuma, mesti korang tertanya-tanya pulak kan. Kita dah ada radio, kenapa masih nak guna perkhidmatan streaming berbayar?

Ahaa.. jawapan kepada ini actually ia adalah personal choice. Your own decision with self-satisfaction. Setakat mana yang boleh aku kongsi pengalaman, melalui Spotify aku rasa lebih selesa untuk melayan lagu-lagu kegemaran jika dibandingkan dengan FM radio. But, of course in certain condition, penggunaan FM radio kadang-kala ada bagusnya dan ianya percuma.

Cuma, melalui Spotify premium.. tak ada lagi iklan menjengkelkan yang meleret-leret. Tak ada juga DJ radio yang buat lawak bodoh. Tak ada juga gangguan signal frekuensi yang lemah. Dan yang paling best, muzik-muzik yang tersedia akan dimainkan adalah dalam high quality sound. Ala.. Macam korang dengar muzik dari kaset atau cd original.. smooth dan jelas. Baru puas lah hati kan.

Bonus:

Sebagai pengguna Digi, ini adalah extra point kenapa aku suka menggunakan Spotify.

If you are not aware, postpaid users are entitled to get free 5GB data/monthly for music streaming purpose. How to get it?

Log masuk ke aplikasi MyDigi, kemudian Buy 5GB-Music Freedom dibahagian Add-on Internet dengan harga RM0 (basically RM0 tu maksudnya FREE la).

Tanpa menjejaskan kuota data internet bulanan sedia ada, meaning korang akan ada lebihan 5GB yang hanya digunakan untuk stream music online sahaja. *I think this is a good move from Digi to appreciate their customers. Kudos. Hee.

p.s: Slot dalam family account hanya ada wife aku seorang. So, masih ada lagi 4 kekosongan. Kalau korang nak merasa Spotify premium dan dalam masa yang sama nak “JIMAT”, boleh contact aku untuk di-add ke dalam family account. Nanti kawtim berapa korang nak bayar bulan-bulan tu.



3 KOMEN

  1. penah la install Spotify, memang best le. tapi disebabkan aku jarang le dengar lagu ni kecuali time buat keje je..aku prefer bukak Youtube, dan dengar je muzik video..:D

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini