Ajak Khair Pergi Playground

Hujung-hujung tahun ni kalau nak bawa anak main kat taman permainan, mesti kena tengok cuaca dulu.

Kadang-kadang pukul 4 petang langit nampak cerah, tapi kejap-kejap lagi dalam pukul 5 tiba-tiba hujan.

Cancel program.

Hujan sekarang, bukan macam hujan dulu. Penuh dengan asid, hasil pencemaran manusia. Kalau kena sikit, silap-silap esok boleh demam.

Penyelesaian singkat

Macam aku, kalau hari hujan dan tak tau nak pergi mana.. mesti ajak Khair pergi main indoor playground.

Nak selamat lah katakan, sayang anak pun ye gak. Kalau tak bawak keluar, tak sampai hati. Nampak dia macam tak tentu arah je dalam rumah. Hahaha.

Indoor playground pun, bukanlah teruk sangat. Macam taman permainan luar juga, cuma dalam bangunan.

Khair main pasir

Indoor playground bola plastik

Bola plastik

Tapi..

I door playground, bukan boleh pergi tiap-tiap hari. Nak masuk kena bayar. Berbeza dengan taman permainan kat luar sana, boleh main free je kan. Huh. Dasar kapitalis betul tokey yang bukak indoor playground ni.

Kalau aku, aku bagi je main percuma.

Cuma kat tepi-tepi tu nanti aku jual la mainan, gula-gula ataupun aiskrim. Untuk tampung kos operasi. Hehehe.

p.s: Nak pergi indoor playground yang ada bola plastik, kena hati-hati. Kena pantau anak elok-elok. Takut anak-anak main benda-benda kotor yang kita tak nampak kat bawah longgokan bola tu. Ada kes terkena jangkitan kuman, anak kena masuk hospital. Fuhhh..

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 4 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pregnancy Checkup Baby 5 Bulan

    Yeo’s Kini Berwajah Baru