in

Airpods Pro Rosak? Tukar Free Je


Hari tu aku ada perasan Airpods Pro aku yang belah kiri ada crackling sound. Mulanya aku ingatkan ear tip yang basah ataupun pasang tak betul. Berkali-kali aku adjust dan lap, tapi crackling sound masih lagi tak hilang.

Annoying gila bila dengar lagu je ada bunyi lain yang kacau. Dah serupa bunyi semut dalam telinga. Hahaha.

So, aku google la apa punca terjadinya crackling sound ni. Ada yang kata software tak update, tapi aku punya dah updated latest version. Ada jugak jumpa tutorial kat Youtube ajar supaya reset dan reconnect balik Airpods Pro pada iPhone. Dah buat, tapi masih sama. Crackling sound taknak hilang.

Sampailah aku terjumpa aku terjumpa satu video yang ajar suruh disable “Noise Control”, katanya kalau Noise Control ni dah off dan bunyi tu hilang.. maksudnya hardware Airpods Pro aku tu la yang bermasalah.

Aku pun cuba lah buat, dan alangkah terkejutnya aku sebab.. Ya bila Noise Control aku off, automatik crackling sound tu hilang. Maka bila dah jadi macam tu, aku pun Google lagi kenapa boleh jadi macam tu.

Dan suprisingly aku terjumpa satu official statement kat web Apple yang menyatakan bahawa, production batch earlier than October 2020 berkemungkinan besar akan mengalami masalah ni. Katanya ada hardware problem. Jadi disebabkan masalah ni, Apple dah extend waranti jadi 3 tahun.

Haa.. bila dah tengok waranti dah jadi 3 tahun (Airpods Pro aku dah setahun lebih), maka aku tanpa bertangguh lagi terus contact Apple Customer Support secara online, bagi detail apa semua dan cerita apa masalah. Diorang advice untuk terus je pergi Machine Service Center yang terdekat untuk diagnose.

Dipendekkan cerita, aku bawak Airpods Pro aku ke Machine Service Center AEON Cheras Selatan (sebab tu je yang terdekat dengan aku, lagi dua dekat KLCC & The Curve, Damansara).

Walk in terus ke sana tanpa appointment, aku serahkan Airpods Pro aku sekali dengan charging case. Cuma ear tip je kena cabut buang bawak balik, sebab takut hilang katanya.

Selang 7 hari, aku dapat email. Katanya Airpods Pro aku dah ditukar ganti kepada yang baru. Dan yang bestnya, kedua-dua belah Airpods Pro aku yang ditukar itu adalah secara percuma.

Tak perlu bayar apa-apa pun, sebab product ada defect. Cuma charging case lama yang tak problem tu diorang tak tukar la. Hehehe.

Masa collection, aku walk in jugak macam biasa tanpa appointment. Tunjuk Mykad, bawak sekali surat declaration device masa datang hantar hari tu, kemudian dapat balik dah Airpods Pro aku yang dah ditukar baru tu.

Yeay.. selesai. Kiranya berbaloi la wife hadiahkan Airpods Pro ni kan. Rosak, dapat ganti baru free. Bila dapat baru ni confirm bateri dalam Airpods Pro ni pun baru. Aku suka.. aku suka.. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Tekkaus Cancel reply

Your email address will not be published.