in

Aircond Apa Yang Okay?


Biasanya aku agak skeptikal dengan brand dari China ni. Tapi lately fobia aku terhadap produk China ni terhakis sedikit demi sedikit selepas membaca banyak review-review positif daripada pengguna tentang ketahanan produk-produk buatan negara China ini.

Bukan keseluruhan barang-barang China yang tahan, tapi ada lah few item yang dah masuk dalam senarai putih aku sekiranya aku nak beli barangan daripada China ni. Salah satunya adalah aircond.

Ya, aircond. Dalam bahasa melayu, pendingin hawa.

Kalau dulu tiap kali nak pasang aircond kat rumah sendiri ke, rumah mak ayah ke atau rumah adik beradik.. brand pilihan yang aku selalu suggest adalah Panasonic, Daikin ataupun York.

Tapi disebabkan harga aircond untuk ketiga-tiga jenama ni dah tinggi melampau.. maka jenama-jenama kegemaran ini terpaksa aku lupakan especially waktu sekarang ni aku tengah nak setup homestay, memang aku terpaksa switch ke jenama-jenama aircond China yang lebih murah.. orang kata keputusan sebegini adalah option yang lebih baik untuk penjimatan kos. Hohoho.

So berdasarkan point penjimatan tersebut.. untuk merelisasikan keperluan aku tu, situasi sekarang menyebabkan aku untuk terus proceed dengan plan mencari aircond berjenama daripada China.. antara top 3 jenama aircond daripada China yang aku dah short list ialah Midea, Haier dan Hisense.

So far, berdasarkan survey aku secara online.. ketiga-tiga jenama aircond daripada China ini lebih common digunakan berbanding jenama Gree, Aux dan lain-lain jenama.

Tak tahu lah kenapa macam tak ramai guna.. maybe sebab dikalangan seller sendiri pun diorang skeptikal dengan jenama-jenama China yang kurang popular ni kot. Takut jual tak laku. Hahaha

Jadi berdasarkan pilihan top 3 jenama aircond China yang aku dapat tu dan berdasarkan penilaian yang dah dibuat semasa membaca review-review online.. Dipendekkan cerita, hati semacam berkenan untuk beli aircond Midea.

Salah satu sebabnya bila aku baca, aircond Midea spare part lebih mudah dicari. So in case ada kerosakan ke, takde la pening kepala nak repair kan.

Jadi disebabkan itu, sebiji aircond Midea 1hp dan 1.5hp dibeli dari seller online kat Facebook. Actually bukan seller online sangat, aku pernah je panggil dia datang servis aircond kat rumah. Waktu tu aku jumpa iklan dia kat Facebook, so teringat kat dia.. aku contact je semula untuk minta quotation aircond Midea untuk homestay aku.

So lepas minta sebut harga, inilah harga yang aku dapat. RM1180 untuk aircond 1hp, manakala untuk aircond 1.5hp harganya RM1500. Harga sekali pasang la ni. Bagi aku okay dah harga ni since pemasangan disekalikan.

Cuma pada awal-awalnya waktu deal aku sedikit risau takut kena scam.. sebab few days before aku memang dah kena scam beli aircond aku jugak.. rugi RM300.. (T_T) Hohoho.

Tapi kali ni Alhamdulillah, sebab beli dengan orang yang pernah datang servis aircond rumah.. dan aku bagitahu concern aku, dan dia pun berjaya meyakinkan aku bahawa dia peniaga yang legit. Aku proceed bayar deposit dan deal hari untuk pemasangan.

Few days after, seller aircond Midea tu datang sendiri ke unit homestay aku seperti yang dijanjikan dan get ready untuk pemasangan. Dia pasang sendiri je, ingatkan ada bawak pekerja. Hahaha.

By the way, dia datang hari yang sama dengan hari kitchen cabinet dipasang. So dua benda berlaku kat homestay aku dalam 1 hari. Aku? Sekadar berdiri kat tepi macam khadam sambil perhati anak buah buat kerja. Hehehe.

Tangkap gambar montot orang.. Hahaha

Pemasangan aircond kat homestay berjalan dengan lancar walaupun built in piping dan wiring di ruang tamu ada kurang ngam sikit, yang mana orang aircond tu terpaksa hack dinding dan tanam wiring supaya wiring aircond lebih dekat dengan piping. So that kedudukan aircond lebih center di dinding ruang tamu.

Apekebenda wiring letak jauh bebenor.. Adoyai
Kasi hack tanam wiring bagi duduk dekat sikit
Haa.. nampak la center sikit. Wiring pun dah tersorok belakang aircond. Kalau tak cacat benor wiring sedepa jauh.

Nampak tak? Kalau tak tanam wiring tu.. aircond kat tengah.. wiring sedepa jauh. Kalau tak hack, terpaksa pakaikan casing plastik untuk sambungkan wiring ke aircond (geram dengan developer homestay aku, kenapa la buat wiring gitu.. letak jauh-jauh nak buat apa.. macam buat asal ado je.. Hadoi).

Dengan tenaga kerja seorang diri je, kedua-dua aircond siap dipasang sebelum petang.

Aircond 1hp pasang dalam bilik master, aircond 1.5hp pasang di ruang tamu. Yeay.. pasni dah leh sejuk-sejuk.

Nota: Actually, siap je pemasangan.. aku tak sempat nak run test aircond lama-lama. Keesokan harinya aku pergi rumah balik dan run aircond sekejap. Ada nampak leaking dekat drain pipe. Drain hose masuk tak betul rasanya.. So aku call balik seller aircond tu, dia datang betulkan balik secara percuma dan masalah selesai. No more leaking. Puas hati. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *