in

My AirAsia Free Seats!


Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Kota Kinabalu,Sabah dan saya akan bawa bersama 9 orang ahli keluarga yang terdekat untuk saya luangkan masa bersama-sama.

Mama, Papa, Along, Abang Long, Adik, Danish, Aqeel, tidak dilupakan isteri dan juga Khair tersayang.

Kota Kinabalu merupakan destinasi pilihan saya kerana ia merupakan salah satu daripada destinasi bajet yang telah kami sekeluarga rancang sebelum ini.

Bercerita tentang Kota Kinabalu, masih mekar dalam ingatan saya dimana kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana adalah ketika dibawa oleh papa saya untuk makan angin bersama keluarga.

Gunung Kinabalu

Sabah, salah satu negeri di dalam Malaysia yang alam floranya masih terpelihara dengan baik. Udaranya yang sejuk dan segar terutamanya ketika berada di kaki Gunung Kinabalu ataupun daerah Kundasang, seimbas lalu membuatkan saya terfikir sama ada saya berada di negara sendiri ataupun negara yang beriklim sejuk. Suasananya sangat mengasyikkan.

Pulau Manukan

Manakala kawasan peranginan pantainya pula seperti Pulau Manukan, kekal dengan kejernihan air lautnya yang membiru dan juga kepelbagaian spesis ikan-ikan dan terumbu karang. Sangat cantik.

Owh ya.. sesuatu yang paling penting dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Makanan laut ataupun dalam bahasa inggeris-nya seafood. Di Sabah, ianya murah dan segar. Sangat-sangat rugi jika sesiapa yang berkunjung ke Sabah, tidak mengambil peluang untuk menikmati makan-makanan laut disini.

Saya sebagai peminat tegar makanan laut begitu juga dengan ahli keluarga saya yang lain, sudah semestinya akan meletakkan sesi makan-makan seafood sebagai top priority jika kami datang kesini.

Well, biasalah.. kunjungan ke sini bukannya selalu. Dalam setahun pun jarang-jarang. Jadi, jika ada peluang berkunjung ke sini apa salahnya makan sepuas hati. Betul tak?

Aduhai.. Apabila terkenang memori-memori lama seperti ini, rasa rindu nak ke Sabah makin membuak-buak. Agaknya, bila ya rezeki saya dapat kesana lagi.

p/s: AirAsia, Please tunaikan harapan saya. Saya nak pergi Sabah (sambil buat mata kucing). Hehehe.

Nota penting: Sehingga 31Disember ini AirAsia sedang mengedarkan free seats kepada semua. Bagi yang berminat untuk mendapatkan seats percuma ini, cepat-cepat sila layari laman web AirAsia. Lambat-lambat nanti habis dikebas orang.

AirAsia-My Free Seats


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Cantiklah Hafiz… semoga impian membawa keluarga ke Sabah sambil makan puas seafood berpihak kepada ahli #kelabbloggerbenashaari.. good luck!

  2. Rugilah untuk saye sbb baru nak rancang nak beli byk2 sbb ada majlis kt sabah thn depan..tp date tak set lagi..uhuu..bile la agaknya Airasia buat promosi lagi ye. Btw max boleh book online 9 ke kan? Kalo 10 susah skit…kih3..selamat bercuti! Jgn lupa ajak teman!

  3. saya pun nak ke sabah jugak..sebelum ni pergi sabah dok kat town KK je..x pernah sampai lagi ke kundasang dan pulau manukan lagi..btw, good luck ye..:)

Leave a Reply to Faizal Fredley Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *