Dugaan bagi si kecil..dalam masa 24 jam, bermula dari pagi semalam hingga ke pagi hari ni Khair tak berhenti lagi cirit-birit. Tidur malam pun terganggu, hampir setiap jam terjaga. Jika dikira dari awal dah hampir 20 kali bertukar pampers. Pergi Az-Zahrah Medical Centre Bangi, doktor just bagitahu yang Khair mengalami radang perut. Ini merupakan perkara normal bagi baby yang berumur bawah 1 tahun, kerana antibodinya masih belum develop sepenuhnya.
Tiada apa-apa ubat yang sesuai boleh diberikan bagi peringkat umurnya. Cuma nasihat doktor supaya banyak berikan minum air masak bagi mengelakkan dehidrasi dan biarkan antibodi sendiri berkembang melawan kuman-kuman yang menyerang.
Tapi, hati mak ayah manalah yang boleh tahan. Hampir setiap jam Khair merengek. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Berdukung pun menangis. Kalau kita yang dewasa cirit-birit pun kadang-kadang tak boleh nak tahan rasa memulas. Akhirnya Hafiz mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian sendiri melalui bantuan Google. Terjumpa satu petua yang banyak dipraktikkan oleh ibu bapa diluar sana yang anaknya mengalami masalah yang sama.
Iaitu dengan memberikan anak segelas air suam yang dibancuh bersama sesudu teh tepung gandum. Sebelum diberikan kepada baby, biarkan tepung gandum itu mendap dibahagian bawah gelas. Hanya air bancuhan yang berada diatas sahaja yang berikan.
Rasanya agak tawar, mula-mula air ini disuapkan kepada Khair, agak susah dia nak telan. Mungkin juga disebabkan Khair ni memang jenis yang culas makan atau minum apa-apa sahaja ubat penawar. Perlu dipaksa baru nak ditelan.
So far dah hampir 4 jam menunggu apa reaksi Khair terhadap “Air penawar tepung gandum“. Nampak seperti mujarab. Dah kurang merengek. Buang air besar tadi pun dah macam tak macam cair. Mungkin petua ni sesuai untuk Khair. Alhamdulillah. Lega.
p/s: Biasa kalau Hafiz cirit-birit, telan pil Chit Kit Teck Aun je.
Menarik petua ni..
boleh cuba bro..sesuai untuk semua peringkat umur
gmna kalo anak yg umur ny 7 bulan ..boleh bagi ke?
petua yang bagus ni, baru sy tau
saya pun baru tau. 🙂
Tak pernah dengar.. Tapi Alhamdulillah rasi dengan Khair… Memang sangat tak sampai hati kalau tengok anak sakit… semoga Khair sembuh spt sediakala 🙂
Alhamdulillah..Khair dah makin ok..lepas minum air tepung, dalam tempoh 12 jam, buang air besar jadi 2 kali je..najis pun dah tak cair dah.
satu petua yang baik untuk dicuba
cuba bro..jangan tak cuba
Air basuhan beras boleh juga mengurankan masalah ciri birit. Susu soya Pediasure juga bagus untuk masalah cirit birit bagi anak kecil. Buat masa ini apa yang perlu buat adalah cairkan bancuhan susu.
thanks for d info bro
hoho..baru lah kali pertama aku tahu ada petua nih..kalau aku tahu, aku try dahh menda ni. haha
dah tau ni, kena la cuba..haha
Terima kasih kerana kongsikan petua ni. Ini adalah kali pertama saya mendengarnya…
saya pun selalu makan pil chit kit teck aun jika kena cirit birit, mugkin lepas ni boleh cuba petua di atas =D
pil chit kit teck aun terbaik bro..ni cara alternatif..hehe
orang tua macam kita ni boleh guna tak cara ni???
boleh bro..agak2 takde ubat..boleh guna tepung gandum..hehe
tepung gandum yg jual dkedai tu ke
oh. 1st time tau petua ni. tq2. 1 undi smsw13 diberikan. 🙂
thanks for the vote bro.
wahhhhhhhhhhhhhh satu tips yg sangat sangat bagusssssssssss… mesti akan gunakan kalau anak anak mak dara mengalami cherry berry ni nnt…
cara jimat kos ni mak dara. hehe
boleh cuba ni, anak pernah kena tahan wad utk masuk air sebab kes cirit birit ni.. huhu..
cuba bro..insha Allah mujarab
eh bagus jugak petua ni. leh amal lain kali. baby aku baru jer baik baik dr cirit birit. seminggu gak kena. stok pampers cpt jer habis bln ni. errr petua ni applicable utk baby brp tahun ek?
uish lama tu..kesian baby..untuk pengetahuan, baby saya baru berumur 8 bulan..so atas 5 bulan should not be a problem kot
wah..seronoknye saya dapat topup free..
saya suka….saya suka
memang berkesan ye??
first time dengaq petua ni utk cirit birit….
insyaallah nnt bleh try keberkesanan nya…
mcm best je??
Sesuai x baby y berumur 2 bln..bby kte cirit,,doc sudah bg antibiotik tp masih lg cirit,.,x tau nk bt cmne dh nk stopkan cirit…
Wallahualam..belum pernah cuba untuk baby berumur 2 bulan..kalau baby kecil sangat, maybe boleh refer doktor dlu. takut ada side effect sebab perut baby masih baru.
trime kasih untuk petua ni..
bleh cube kat baby Atul….
Boleh ke bayi yg umur 4 bulan. Anak saya kena cirit birit skrg nie.
anak saya pun mengalami cirit birt ni.tu tgh cari petua dan penawar.masuk 10bulan dah. boleh ke bagi air teh pekat kat baby.tp saya try guna tpg gandum dlu la.risau jgk ni dah berapa hari cirit je
tq..awak baby saya tgh cirit
Anak sy pun tkena cirit birit..sy baru perkenalk solid food pd die..dh 2ari cirit..smpai merah punggung..nk cbela petua ni..tq ye
Salam..bro..kalau baby prem br 2 bulan sesuai x cara ni..mslhnye baby saya da keluar darah time buang tu..sesuai x