Baru je hari tu share pasal info HFMD, sekali terkena kat anak sendiri pulak. Tapi nasib baiklah bukan kena kat ketiga-tiga anak, tapi hanya Aidan je yang kena HFMD. Kitorang pun tak sure jangkitan tu dapat daripada mana, tapi naluri kuat mengatakan jangkitan HFM tu dapat daripada taska kerana pada hari yang sama kitorang inform pihak taska, teacher dia pun reply dah ada 2 kes yang dilaporkan pada hari yang sama.
Adoi..
Baru nak lega sikit pasal Covid19, terkena pulak HFMD ye. Dugaan betul. 3 hari sebelumnya tu pulak dah la wife pun kena warded kat hospital sebab kena asma teruk. Dapat discharge je, Aidan pulak nak kena kuarantin HFMD.
Pergi klinik untuk sahkan HFMD, memang sah doktor cakap ruam yang naik dekat beberapa bahagian badan tu HFMD. So, dengan serta merta doktor keluarkan surat untuk kuarantin di rumah. Dalam surat tu jugak, terpaksa letak nama aku sebagai penjaga anak sepanjang tempoh kuarantin. Sebabnya wife belum fully recovered daripada asma dia.
Fuuu.. cuti seminggu guys. Aku tanya HR dapat special leave ke tak, tapi malangnya kena tolak annual leave sebab cuti anak sakit. Bukan aku yang sakit. Dan kalau cuti annual leave terlebih monthly quota, akan jadi unpaid leave.
Adeh.. pasrah je la. Nak buat macam mana, anak sakit bukan dia minta. Aku sebagai ayah kena berkorban. Nak suruh wife jaga, kang asma jadi teruk dan kena warded balik, lagi haru jadinya. Hahaha. Dalam hati, kalau risau pasal duit.. nanti ada la tu rezeki kat lain. 🙂
So cerita sikit HFMD yang kena kat Aidan ni, aku perasan jangkitan tu macam mild je kot. Kalau compare dengan gambar-gambar yang viral kat sosial media.. kat FB, IG semua tu macam dah kronik sangat HFMD nya.
Untuk Aidan luka-luka lepuh tu Alhamdulillah tak banyak sangat. Ada tu ada, tapi tak seteruk yang dibayangkan.
Dalam mulut pun ulcer nampak macam ada merah-merah kecil. So far hari ni dah hari ke-4, tak ada nampak lagi ulcer besar-besar dalam mulut. Dan dari segi pengambilan makanan pun, tengok dia masih berselera. Minum susu okay, makan okay, cuma kalau nampak dia pegang mulut atau sebelum minum susu atau makan, aku letak dulu oral gel tak nak bagi rasa sakit dalam mulut.
Few days to go, hopefully sembuh cepat-cepat la Aidan ni. Risau jugak sebenarnya jangkit kat orang lain, especially kat Haziq. Sebab doktor kata below 6 years old, memang high risk untuk HFMD. Semoga dijauhkan. Hohoho
p.s: Malam kelmarin pergi cari daun semambu. Wife ambik blend kemudian mixed dengan bedak sejuk, sapu dekat tempat yang ada ruam dan lepuh luka HFMD tu. Hari ni nampak luka-luka tu macam dah kering. Terpaksa buat sendiri, sebab nak beli Lotion semambu untuk HFMD macam tak sempat.
Allahu! Kesiannya. Kecil lagi dah kena penyakit, sakit tu. Semoga Aidan cepat sembuh.
Try jugak diffuse dan lumur essential oil ok. Berkesan jugak essential oil tu – salah satu ikhtiar.