in

Aidan Jatuh, Terbelah Kelopak Mata


Malang tak berbau.. petang semalam terbelah sikit kat bahagian kelopak mata Aidan. Tersembam ke dashboard kereta sebab nak elakkan motorsikal yang laju masuk simpang. Aku letak sini gambar sebagai kenangan dan pengajaran. Nanti bila dah besar, dia dapat tengok sendiri apa yang pernah berlaku dalam hidup dia. Hahaha.

Luka terbelah tu nak kata dalam sangat tak juga, doktor kata hanya luaran. Tapi luka tu masih menyebabkan darah keluar meleleh-leleh. Kalau tengokkan keadaan sebelum cuci, nampak mengerikan.

Tapi.. bila dah cuci nampak macam tak ada apa pun.

Cuma bila pergi dekat klinik, doktor minta buat pemantauan dilakukan dalam tempoh 24 jam. Sebab bila melibatkan bahagian kepala yang terhentak ni.. parent nak kena perhati betul-betul sama ada berlakunya perubahan tingkah laku seperti anak muntah-muntah atau jadi kurang aktif. Kalau ya, aku dinasihatkan bawak Aidan terus ke bahagian Emergency hospital terdekat. Takut ada kecedaraan dalam kepala.

Tapi Alhamdulillah, lepas 24 jam.. aku dapati Aidan masih aktif seperti biasa. Makan bermacam-macam, main pun tak ada kurangnya. Aku yang sihat pulak penat melayan dia. So kesimpulan pantas aku mengatakan, dia okay dan tak ada apa-apa. Hahaha.

So sekarang ni, tunggu luka terbelah tu sembuh je la. Dah seminggu lebih ni nampak bekas luka tu parut tak dalam mana. Harap hilang la nanti.. Kalau tak jadi abam Castello. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published.