in

Aidan Ada Sawan Tangis? Baby High Demand?


Blog berhabuk kejap gara-gara tak cukup masa nak handle bermacam-macam perkara. Sampaikan saat ini pun nak update pasal Aidan pun aku tak tahu nak tulis tentang apa. Hahaha. Cumanya kalau boleh berkongsi cerita, aku just nak bagitahu korang yang mana aku baru je tahu bahawa Aidan ni boleh dikategorikan sebagai high demand baby.

Yelah.. bila tidur nak berdukung, nak kena dodoi, kena tepuk, perlukan perhatian sepanjang masa.. pantang orang tinggal dia sorang-sorang, mesti kejap je akan terjaga lepas tu menangis. Even tukar pampers pun dia boleh nak nangis. Adoi.. penat. Penat mental dan fizikal. Lagi penat jaga Aidan berbanding jaga Khair dan Haziq masa kecil dulu. Pengalaman.. hohoho.

By the way, bila dah tahu berkenaan high demand baby ni.. dapat la cari info sikit-sikit macam mana nak handle Aidan ni kan. Air tawar berubat kampung usah cakap la, awal-awal lagi wife dah ajak balik Terengganu jumpa Pok Der yang ubat kan sawan tangis Haziq dulu. Part tu dah settle dan Aidan pun tak adalah menangis meraung macam awal-awal dulu.

Cuma yang paling penting pulak sekarang bila tiba time nak tidurkan dia. Kena wajib mainkan muzik latar white noise.

White noise? Bunyi apa tu.. kalau korang nak bayangkan bunyi white noise, bunyi nya macam tv tak ada siaran.

Haa.. seriously, walaupun pada mulanya aku sendiri rasa macam susah nak percaya bunyi ni boleh tenangkan high demand baby. Tapi bila diri sendiri yang pasang bunyi tu pada anak sendiri, dan anak tu pulak boleh tidur (terutamanya waktu malam).. Demm! Terus rasa maca.. Wah magic nya kau. Terima kasih sangat kerana berjaya tenangkan anak aku. Boleh aku rehat kejap. Hahaha.

Actually daripada pembacaan aku melalui portal-portal online, bunyi white noise ini mampu menenangkan high demand baby sebab dikatakan menyerupai bunyian ketika dalam rahim. So no wonder la bila dengar bunyi ni Aidan boleh jadi tenang kan. Rindu dalam perut agaknya ya.

Disclaimer: White noise tu sangat membantu waktu tidur malam Aidan, cuma siang je kureng sikit. Wife tengah try kot-kot ada cara lain yang boleh bagi dia tenang waktu siang jugak.

Melalui pembacaan, secara teorinya untuk high demand baby boleh guna teknik Cuddle Cure 5S ni, iaitu;

  • Swaddle (bedung) – Sebab dalam rahim kan sempit, so bedung baby untuk nak bagi dia rasa macam dalam rahim dan untuk elakkan moro reflex juga (yang terkejut-terkejut tu).
  • Susshing (white noise) – Dalam rahim bunyi bising (bunyi aliran darah, bunyi gas dalam perut dll) dan baby dah biasa tidur dalam keadaan bising. Ada artikel yang mengatakan bunyi bising dalam rahim lebih bising daripada bunyi vakuum. So buat bunyi sushhh atau guna white noise untuk meniru suasana tersebut.
  • Swing (ayunan) – Baby duduk lama dalam perut ibu berbuai-buai, bila lahir je ke dunia kena baring statik. Kajian kata sebab tu la baby jadi tak selesa. So boleh cuba belajar teknik ayunkan baby atau macam aku pakai je baby rocker (tapi penat gak teknik ni kalau nak ayun manjang, kita nak rehat gak).
  • Side (mengiring baby) – 9 bulan dalam rahim, bayi duduk tunggang terbalik. sekali sekala iringkan baby masa diorang nak tidur. Tapi macam kes Aidan, dia lagi lena tidur meniarap. Hahaha.
  • Sucking (hisap) – Difahamkan adalah cara utama bayi untuk tenangkan diri. Cumanya takkan lah nak bagi hisap susu memanjang. Jadi disarankan gunakan pacifier/puting tiruan selepas baby dah kenyang menyusu.

So bergantung pada keadaan, korang yang ada high demand baby boleh try mana-mana teknik yang sesuai. Good luck.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Saya punya baby pun baby high demand. Masa awal dulu dia boleh berjaga berjam lamanya.. Tak mcm baby yg lain kita tgk susu bgn tido susu je kan… Tp bila dah study pasal baby high demand ni, kita pun try teknik² yang diberikan. Menjadi juga. Perlukan extra effort utk tidurkan baby dan juga extra in everyday care. Semoga saya tabah dan kuat utk mendidik dan menjaga baby high demand. Bcs it very tough.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *