Anak umur 3 tahun, faham apa lah sangat. Lagi dilarangnya, lagi seronok dia buat apa yang kita larang.
Dek kerana aktif tak kira masa.. Rabak dah sikit bibir Khair. Luka akibat jatuh tersembam atas karpet rumah mertua semalam.
Puncanya.. Dia hilang keseimbangan badan masa berdiri atas kereta mini.
Itu lah. Dah pesan banyak kali dah pada dia jangan berdiri atas kereta mainan tu, tapi nak juga dia berdiri. Bila dah jatuh, mnangis. Paling best, mulut pun berdarah.
Hmm.. Khair.. Khair..
Semalam lepas kena, seharian tak nak minum susu. Yela, luka dekat bibir. Mestilah pedih bila tu terkena puting susu.
Pergi klinik, doktor just bagi ubat kebas. Harap-harap cepatlah sembuh luka tu. Kesian tengok bengkak semacam je. Hoho.
Budak lelaki memang macam tu bro… Anak saya pun sama… Dulu ingat anak lelaki jer macam tu… Kali ni dapat anak perempuan, rupanya perangainya pun lebih kurang sama macam abang-abangnya.. Cukupo kuat memanjat.. Semua benda nak dipanjatnya… Sabar jelah…
Untunglah tak tergigit lidah itu yang paling bahaya bila anak jatuh semoga cepat sembuh kembali
Learning proses tu… slagi x jatuh die x blajar…
good boy ! anak lelaki mesti kuat gagah perkasa kan khair
nasib baik tak parah, kalau tak haru biru satu rumah.
Hehe tpi namanya anak kcl biasanya ga ada kapoknya,,walau udah jatuh tetap aja suka kaya gituh lagi