Salah satu lokasi yang popular di sekitar Kuala Lumpur adalah Bangsar. Sebut saja Bangsar, semua orang tahu disini terdapat pelbagai jenis perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan, sama ada daripada kedai makan hinggalah ke pusat membeli-belah.
Minggu lalu, aku telah menerima jemputan daripada rakan seperniagaan Myscreative.com, bagi menemani beliau untuk lepak-lepak santai bersama rakan-rakan blogger di sebuah cafe baru.
Cafe itu yang dikenali sebagai Pretz n’ Beanz, terletak betul-betul berdekatan dengan pusat membeli-belah Bangsar Village II.
Seperti yang telah diketahui, kawasan persekitaran disini sudah semestinya crowded dengan pengunjung. Maka, solution terbaik untuk mengelakkan diri daripada kesusahan mendapatkan parkir kereta disana adalah dengan tiba ke lokasi lebih awal.
Menjamu selera di Cafe Pretz n’ Beanz
Pretz n’ Beanz, namanya sudah cukup untuk memberi gambaran berkenaan dengan menu-menu yang ditawarkan di cafe ini.
Mengetengahkan Pretzel sebagai bahan utama dalam majoriti setiap hidangan, terdapat pelbagai jenis menu yang boleh dipilih berdasarkan citarasa sendiri.
Sebagai contoh, menu-menu yang sempat aku rasa ketika sesi hang out bersama rakan-rakan blogger tempoh hari termasuklah;
Pretzel Tower, dengan 9 pilihan dip yang berlainan rasa iaitu coklat, karamel, cream cheese, cheddar cheese, passion jam, sour cream onion, tomato salsa, nutella dan kuah kacang.
Untuk menu ini jangan korang pelik pulak ya, bila mana aku katakan antara dip yang paling match dengan pretzel adalah kuah kacang. Mungkin bunyinya agak pelik, tetapi disebabkan tekak aku tekak orang melayu yang sukakan makan satay, maka pretzel cicah kuah kacang pun terasa sangat sedap.
Next, menu pretzel pelbagai topping yang dipanggil Anything Pretzel. Untuk menu ini terdapat 9 pilihan kesemuanya dan seringkali yang menjadi hot picks bagi pelanggan yang sering berkunjung kesini adalah; Chocolate Cookie Crunch, Cinnamon Sugar, Parmesan Cheese dan Poppy Seeds.
Actually, personal opinion aku.. yang paling sedap adalah Chocolate Cookie Crunch kerana aku sememangnya die hard fan chocolate. Anything come with chocolates, memang confirm aku akan kata sedap. Serius, tak tipu.
Dan.. Untuk makluman korang juga, selain hidangan menu-menu roti pretzel yang ditawarkan disini, terdapat juga pilihan western food seperti Tomyam Seafood Pretzel Pizza.
Frankly speaking, rasa pizza-nya agak unik dan berbeza dengan pizza-pizza yang pernah aku makan. Ini kerana doh roti pizza yang digunakan disini adalah doh pretzel itu sendiri.
Spaghetti Marinara Meatball juga ada. Terserlah keenakannya apabila melihat Ujang begitu lahap menelan spaghetti yang dipesan (takut orang lain mintak.. Hahaha).
Manakala untuk pencuci mulut pula, kami dihidangkan dengan Volcano Chocolate Cake with Ice Cream dan American Baked Cheese Cake.
Seriously, diantara kedua-dua pencuci mulut ini.. aku lebih suka volcano chocolate cake kerana ia dihidangkan panas-panas, kemudian diatasnya ada satu scop aiskrim vanila. Didalamnya pula, terdapat melting chocolate yang meleleh sebaik sahaja kek dibelah.
Pehh.. Sedap hingga menjilat sudu. Korang kalau datang kesini, wajib cuba kek coklat ini ya. Tak cuba, rugi!
Ujang dan Lan Careno nasib baik tak bertumbuk je berebut chocolate cake. Huh.
So.. Overall experience, makan di Pretz n’ Beanz cafe ini memang memuaskan hati kami semua. Walaupun kawasan ini agak padat dan sukar untuk pengunjung nak dapatkan parkir kereta, tetapi.. once korang dah dapat masuk ke dalam cafe ni, ditambah pula dengan suasana dalaman cafe yang tenang dan dihidangkan dengan menu-menu yang sedap.. Maka, stress yang ada dalam kepala sebelum ini pun akan hilang begitu sahaja.
Tak percaya? Cuba pergi.
Okay.. Next time plan untuk ajak wife dan Khair pulak kerana tempoh hari mereka tak dapat ikut atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Ahaa.. By the way, Pretz n’ Beanz cafe ini bukan sekadar cafe yang menawarkan pelanggan untuk menjamu selera disitu saja. Tetapi mereka juga aktif menawarkan promosi-promosi menarik setiap bulan dan juga servis katering kepada orang ramai yang inginkan kelainan dalam majlis-majlis keraian.
Antara promosi-promosi yang sedang berlangsung:
- Gimmick – *Daftar keahlian dan dapatkan voucher sebanyak RM10
- World Cake Day – *Percuma sepotong kek dengan pembelian secawan kopi (dari 18-26 November 2016, jam 3.00 petang keatas)
- Pokemon Game – *Tunjukkan pokemon anda untuk mendapat pretzel percuma
- Halloween – *Percuma halloween cupcake untuk setiap ahli berdaftar (dari 28-31 Oktober 2016)
- Kids Eat For Free & Student Discount – *Kanak-kanak makan percuma bagi setiap 2 Dining course, dan 10% diskaun kepada pembeli yang menunjukkan kad pelajar ketika membuat pembayaran.
*Tertakluk terma dan syarat
Manakala, untuk pakej-pakej catering pula korang boleh rujuk melalui laman web yang telah disediakan iaitu www.thehouseoftaste.com. Dan jangan risau, kerana harga catering-nya adalah sangat bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.
Untuk rujukan lain seperti senarai harga menu Pretz n’ Beanz, korang boleh layari laman web mereka di www.pretznbeanz.com. Ataupun sekiranya korang ingin follow mereka di laman sosial untuk update-update terkini, boleh klik pada pautan-pautan dibawah.
- Facebook.com/pretznbeanz
- Instagram.com/pretznbeanz
- pretznbeanz@pretznbeanz.com
Tak puas mkn Pretzel Tower tu… Nak repeat makan yg tu jer… Hehee
Nak repeat lagi jugak.. heheheh
Meh pergi lagi. Aku lanjer…
terliur pulak tgk spageti tu huhuuu
wah makanannya enak banget… unik lagi….
kapan-kapan mampir k stu lah hehee 😀
Bilalah dapat pergi mereasa nih ? Ada cawangan dekat ampang tak?
bila ntah nak sampai p n b ni huhu jauh …. adudududd. kalau la jb adoo
jadi ngileur pengen kesana pasti enak-enak hehe