in ,

Ada Apa Dengan SEDA Malaysia


Okay, berbalik kepada entri yang pernah aku keluarkan satu ketika dulu mengenai SEDA Malaysia. Siapa yang masih ingat bagus, dan bagi yang terlupa, korang just pergi je baca semula entri lama tu ataupun biar aku terangkan semula secara ringkas apa itu SEDA dan apakah peranannya.

SEDA – Sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dan diberi mandat untuk mentadbir dan menguruskan perlaksanaan mekanisme FiT.

Okay..disini aku ada sebut perkataan FiT. Apa itu sebenarnya FiT?

Jawapannya agak mudah untuk aku terangkan dan bagi tidak memeningkan kepala korang dengan ayat berbunga-bunga tetapi akhirnya korang sendiri tidak faham apa yang ingin aku sampaikan..FiT sebenarnya adalah singkatan bagi Feed in Tariff dimana ia merupakan satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) oleh pemaju bebas ataupun individu, kemudiannya dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan ataupun tarif premium dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, dirumah korang terdapat satu fasiliti TBB iaitu solar PV yang dipasang diatas atap rumah. Solar PV merupakan mekanisme yang akan menjana certain-certain amount tenaga elektrik untuk digunakan oleh seisi rumah dan dalam masa yang sama sekiranya terdapat lebihan amount tenaga elektrik yang terhasil daripada janaan solar PV tersebut, ianya boleh dijual semula kepada pihak TNB ( syarikat utiliti bekalan elektrik ) dengan harga-harga yang telah dipersetujui. Ok faham? Mudah je kan, bab-bab duit biasanya orang mudah faham sikit.

Solar Photovoltaic
Contoh Solar PV yang dipasang diatas KLCC

Bagaimana pula wujudnya FiT ini?

Ini pun satu lagi soalan mudah. Ianya salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat menggunakan tenaga yang lebih mesra alam. Berdasarkan kajian, tahap pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) oleh TBB ini adalah ditahap minimum ataupun Zero Emission. Part ini memang aku sokong sebulat suara.

Dan untuk mewujudkan Feed in Tariff ini, jika korang perasan dalam bil elektrik korang yang bernilai RM77 keatas, akan ada satu bahagian dimana ia dinamakan “KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU”. Maksudnya disini, bagi setiap rumah yang menggunakan kadar elektrik melebihi 300 kWh (bersamaan dengan RM77+), mereka akan dikenakan “denda” sebanyak 1.6% daripada jumlah bil elektrik yang dikenakan. Dan wang denda tersebut akan dikumpulkan (oleh TNB sebagai agen pengutip) sebagai dana (RE Fund) yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menggunakan mekanisme TBB itu.

SEDA - 1% Levy Tariff
Bil elektrik rumah ayah aku

Konsep 1.6% adalah berdasarkan konsep Polluters Pay dimana orang yang menyumbang lebih banyak pencemaran, perlu membayar lebih.

Terdapat pelbagai jenis mekanisme TBB yang boleh dimohon oleh pemaju bebas ataupun individu dan ia memerlukan mereka yang berminat ini untuk mengisi borang permohonan terlebih dahulu dimana setiap permohonan itu akan disemak dan akan melalui beberapa proses termasuklah semakan kuota sebelum mendapat kelulusan daripada pihak SEDA.

Info – Antara permohonan yang mendapat permintaan tinggi adalah sistem Solar PV.

Okay..cukup dulu penerangan mengenai FiT setakat ini. Kalau aku terang panjang-panjang, takut korang tak boleh nak hadam je. Untuk posting seterusnya aku akan terangkan mengapa pentingnya TBB dalam memulihara alam sekitar di samping menjadi pelaburan jangka panjang yang berdaya maju bagi syarikat, industri dan juga individu.

p/s: Satu usaha yang baik dalam memulihara alam sekitar dan juga mengajar kita untuk lebih berjimat cermat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Dah lama xsinggah baca.baru tau nape bil elektrik ade caj tsebut.satu langkah yg bijak dlm pengurusan tenaga.lebih2 lg tarif nak naik ni 😉

  2. Tenaga solar mmg salah satu renewable energy yang makin meluas penggunaanya di malaysia. Tapi masih rmi yg tak mampu nk install it for initial stage. sebab harga agak mahal. kan bagus kalau ada dana untuk 1 solar sistem utk setiap umah kt ngra ni..:-)

    • Nak kata mahal sangat tak juga kalau dikira dari segi long term..Cuma kuota limited. Dats why ada charge 1.6%, untuk mereka naikkan kuota yang sedia ada. Next entri aku akan explain.

  3. “denda” perlu ke mendenda? Baru sedar pasal benda ini. Kalau x, memang x tahu langsung.

    Kena berjimatlah selepas ini.

    • Sebenarnya bukan denda bro..itu istilah yang saya guna supaya orang dapat tangkap apa yang disampaikan.

      Itu sebenarnya inisiatif diorang untuk dapatkan dana bagi menaikkan kuota TBB yang orang ramai nak apply..lagi banyak dana yang dikumpul, lagi banyak kuota dibuka sekaligus lagi ramai orang boleh pasang solar PV (contoh TBB).

      Sebab sekarang ni kuota limited, ramai terpaksa queue untuk dapat giliran. Mungkin bro xdapat nak faham sekarang, next entri saya akan explain macam mana flow dia.

  4. Senang cakap kalau rumah yg gune karen lebih dari 300kWh, kene bayar 1.6% dari bill rates kan.
    Lebih kurang macam content dalam Kyoto Protocol la nie. Every country yg sign under kyoto protocol kene bayar berdasarkan jumlah Carbon yang dilepaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *