Selain pusat pentadbiran negara, Putrajaya juga merupakan salah satu destinasi pilihan orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk disekitar Putrajaya adalah dataran bulatan dihadapan Masjid Putra Putrajaya.
Pelbagai aktiviti riadah yang dapat dilihat termasuklah aktiviti berbasikal, bermain layang-layang, Giant bubble dan tidak kurang juga yang datang melepak santai bersama keluarga.
Petang semalam aku bersama beberapa ahli keluarga berkesempatan meluangkan masa bersama-sama sambil merehatkan minda.
Sekali sekala dapat berehat sebegini seronok juga, pelbagai ragam yang dapat disaksikan. Paling mencuit hati apabila melihat para ibu bapa melayan karenah anak-anak, ada yang berkejaran, ada yang riang ketawa.
Jika hendak dibandingkan diawal pembukaan Putrajaya dengan sekarang, rasanya suasana sekarang lebih meriah. Yelah, Putrajaya semakin terkenal. Even pelancong pun dah kenal.
Jadi, kalau sesiapa yang rasa bosan-bosan hujung minggu bolehlah berkunjung ke sini. Jalan-jalan makan angin sambil melihat sekali senibina bangunan-bangunan kerajaan yang unik dan menarik.
Nota: Bangunan paling cantik, Masjid Putra Putrajaya.
p/s: Ada pakcik siap bawak ular sawa datang jalan-jalan kat sini.
Sponsor Ads – Tercari-cari hotel di sekitar Putrajaya? Sila rujuk Agoda.com untuk promosi-promosi terbaru dengan harga yang sangat menarik.
Cambest jer tengok buih gergasi tu… Free ke nak masuk main kat dataran tu? Kot la semua benda kena bayar zaman sekarang nih 😛
Memang berbeza berbanding awal pembukaan Putrajaya…
mana abg pergi? kie macam jarang nampak entry abg pop up dalam timeline blog?
percaya tak aku tak pernah sampai lagi kat putrajaya ni
whoaaa…. siap ada gambar panorama tu…. rajin betul yea…..
Dulu suka dating dekat Putraja… Dulu… bukan sekarang.
dah lama tak lepak sini walaupun rumah dekat aje..
xsempat nak jalan2 habis lagi putrajaya 🙂
Tempatnya sungguh aman dan tenang, itulah dia Putrajaya!
lama dh tak gi putrajaya ni..masa mula2 bkk tenang je kt sini, skng ni mkin sibuk..
Kerap juga ke Putrajaya tahun lepas. Banyak spot yang menarik untuk mengambil gambar seperti Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco.
lama betul dah tak lepak kat Putrajaya… masa dekat belajar IPT dulu selalu lepak sini…
Macam best je main belon tu 😉