Yes..Tepat pada masanya. Jika sebelum ini Hafiz terpaksa bersusah payah mencari mana-mana cafe atau restaurant yang menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk online. Tapi untuk tempoh beberapa minggu ini, Hafiz tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana Hafiz telah diberi peluang oleh pihak Pocket One Network (Malaysia) Sdn Bhd (P1) untuk mencuba salah satu peranti on-the-go mereka secara percuma iaitu MiFi MF230.
Definisi MiFi secara asasnya adalah “My Personal WiFi“. Dengan kata lain, ia merupakan sebuah peranti pengantara berkuasakan bateri yang mempunyai fungsi router dimana ia boleh menyambungkan connectivity internet secara serentak kepada 5 peranti berlainan (tablet, laptop, smartphone dll) secara WiFi dan 1 melalui kabel yang dicucuk ke USB port.
Bersesuaian dengan definisi yang diberikan, cara penggunaan MiFi ini cukup mudah. Apa yang perlu dibuat, hanyalah dengan menekan butang ON pada peranti tersebut, tunggu beberapa saat dan signal WiFi tersedia untuk digunakan. Bunyinya macam menarik bukan?
Tunggu..Ada lagi yang lebih menarik. Berdasarkan maklumat yang diterima, kelajuan muat turun yang disertakan dalam pakej MiFi ini adalah uncapped (tidak mempunyai sekatan). So, maksudnya disini..tak menjadi masalah lah sekiranya Hafiz nak download file yang bersaiz besar sekali pun. Cuma apa yang perlu dipastikan terlebih dahulu adalah MiFi tersebut berada dikawasan liputan P1 yang optimum.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang performance P1 MF230 ini, teruskan setia dengan Hafiz ok. Next review tentang pengalaman Hafiz menggunakan MiFi ini akan menyusul.
p/s: Keluar jalan-jalan bawa 1 MiFI, boleh share ramai-ramai. Layann..
terbaik review ringkas ni.. ko dapat MF jugak ek? hehe.. nanti dapat yang MX, buat review MX pulak..
Tq bro. Hehe. A’a. Dapat mf punye. Dah dapat email nanti dapat replacement model mx plak. Yeehaa.
Hai bro,
syukurlah sudah boleh akses internet dengan p1 mf230 ni, lagipula ianya boleh berkongsi wifi dengan orang lain.
Kat rumah saya online guna unifi. Balik online guna P1. Baek punye. Dua2 laju.
Oh…. begitu rupanya Mifi ni. Baru saya tahu apa yang baru tentang Mifi ni. Terima kasih atas kesudian Tuan berkongsikan entri ini bersama kami 🙂
Salam perkenalan juga dari saya. Seorang blogger yang masih baru dalam dunia blogger. Mohon tunjur ajar daripada Tuan 😀
Sama2. Sharing is caring bro. Salam perkenalan juga dari saya. Jemput2 lah singgah blog ni selalu ye. 🙂
kalo kat rumah tak boleh eh?
Boleh je bro. As long ada coverage, kat mana2 pun boleh. 🙂
whoaa….baru tahu …terbaik ni ..tapi P1 ni laju lagi dari UniFi ke atau macam sama laju ?
p1 maksimum speed 10mbps..unifi 20mbps..tapi unifi constant speed 20mbps kalau guna LAN cable..P1 MiFi ni wireless bro.
Menarik ni. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Inilah yang blogger mahukan! 😀
letak dalam poket pun boleh. hehehe
ehemm dapat juga ye .. ada info yang di sini tkde dalam entri saya yg akan di publishkan esok … ehemm .. nanti blh ambik sikit maklumat nye ..
silakan kak bee. 🙂
mesti laju kan? siap takde sekatan lagi tu..
depend kat coverage bro..tapi so far puas hati lagi. 🙂
salam, nak tanya berapa sebulan yek kalau guna package nie…
RM69 je. 🙂
Area sini belum ada coverage lagi ,kalau tak nak cuba juga 🙂
kena request dengan P1 ni mintak diorang tambah coverage kat sane. hehehe
Senang kalau ada Wifi bergerak. Kalau dapat kuota yang unlimited lagi best.
betul tu..kalau kaki online 24 jam memang tak cukup 6gb
Beruntungnya abang,
Yang paling saya suka ialah “Satu modem boleh diguna 5 orang”.
kalau satu modem kongsi 10 lagi bagus..ye tak..hahaha
hehehe..itu mmg bagus…
psst..mana tau lepas ni ada pulak pakej ni.. =)
yup.. menarik tertarik da bomb!
kawasan akak tak ada coverage
Bertuah betul dapat buat review ni. Ambe tunggu review seterusnya =)
lebih kurang macam YES broadband juga. laju memang laju tapi kena tgk kaasan liputan juga. YES broadband juga sama konsep mcm p1 yg bro pakai
betul tu..kalau area yang memang full coverage, memang laju