in

Ada Apa Dengan MSMW 2014


Bagi yang belum menyedari tentang berita ini, dengan sukacitanya aku ingin maklumkan bahawa pencalonan untuk MSMW 2014 telah dibuka kepada umum.

MSMW 2014
Malaysia Social Media Week 2014

Dan seperti tahun lepas, aku telah menerima sepucuk email yang berbunyi begini:

A reader of your blog has nominated you for the World Social Media & Bloggers Awards in conjunction with Malaysia Social Media Week 2014. We hope this notification will encourage you further to continue and remain connected with us. Do check the latest status of your nomination at www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards

Pehhh..Tiba-tiba dalam diri terasa bangga sekejap bila ada pembaca yang nominate blog aku untuk award sebegini besar. Terharu.

Eh..Tapi..Sekejap..

Korang janganlah percaya bulat-bulat apa yang aku katakan tadi. Sebenarnya kalau ikutkan secara realitinya blog aku bukanlah blog hebat mana.

Lagipun, email pencalonan yang aku terima itu adalah hasil daripada pencalonan yang aku sendiri hantar tadi. So dengan erti kata lain, nominate diri sendiri je. Huahuahua.

Kenapa perlu calonkan blog sendiri?

Sebenarnya bagi blogger yang lebih berpengalaman daripada aku, tentu mereka tahu akan tujuan asal pencalonan blog HafizRahim.Com dibuat. Diantaranya adalah mendedahkan dan memperkenalkan blog kepada pembaca dan juga advertiser, mendapatkan follower yang lebih ramai, mengukuhkan branding yang sedia ada, dan yang paling penting “free advertising” sepanjang tempoh kempen award dijalankan. Haa..free advertising yang ramai orang nak cari.

Jadi, bagi blogger yang belum calonkan blog masing-masing..silalah buat cepat-cepat ye. Blog baru atau blog lama itu belakang cerita, bukan ada syarat pun. Dan lagi satu, manalah tahu bila dah tercalon nanti ada rezeki korang menang. 80% peratus kemenangan kan dikira berdasarkan undi.

Nota penting: Nanti jangan lupa vote blog aku untuk kategori Lifestyle ye. Terima kasih.

p/s: Lisa Surihani, gua datang lagi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. Tahniah bro atas pencalonan, insyaALLAH akan undi nanti sebagai tanda sokongan .. Tahun ni belum lagi berani untuk mencuba nasib. Mungkin nanti la bila sudah ready..

    P/s : mohon pinjam ayat kejap ” ada apa dengan ”

    hahahahahaha…

  2. Tahniah atas pencalonan. Baik hati sungguh tukang pencalon tu yer. Hehe… Semoga bro menanglah apa-apa hadiah yang lumayan.

Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *