Entri ringkas pagi rabu..
Gara-gara batuk yang tak hilang lebih daripada sebulan, malam tadi habis aku geledah kabinet di dapur. Sebabnya..untuk mencari stok simpanan madu yang pernah mak aku belikan dulu ni haa.
Madu lebah tualang berwarna hitam pekat, diimport dari Mentakab, Pahang. Harganya RM30 sebotol. Aku jumpa dua botol, satu dah guna separuh dan satu lagi belum diguna. Jadi, bila dah jumpa..tanpa buang masa aku cuba rasa sesudu. Rasanya manis tapi tak semanis air gula yang dibancuh. Sedap jugak.
Dari segi tahap kepekatan madu tualang, ianya tak sepekat apa yang aku sangkakan. Lebih cair berbanding ubat batuk Breacol yang dijual di 7Eleven. Betul ke macam ni?
Nota: Disebabkan aku sendiri tak pasti macam mana nak sahihkan ketulenan madu lebah tualang ini..Jadi bila ada orang tanya, “bro, madu ni tulen ke?”. Aku cuma akan jawab “Tulen kot”. Sebabnya dah aku pertama kali cuba madu lebah tualang ni. Mana nak expert bab-bab ketulenan madu ni. Hehe.
Sedikit info mengenai madu lebah tualang, ianya sesuai diminum untuk:
- Menjaga kesihatan tubuh badan
- Kecergasan minda
- Batuk
- Asma/Lelah
- Sakit tekak
- Selsema
- Sakit lutut
- Sakit urat
- Sakit sendi
- Lenguh-lenguh tulang
- Menambah tenaga batin
- Angin ahmar
- Gastrik
Untuk dewasa digalakkan meminum sesudu atau dua sudu besar setiap hari sebelum waktu tidur dan untuk kanak-kanak pula digalakkan untuk meminum sesudu teh sebelum tidur.
p/s: Lepas minum madu lebah tualang, rasa macam panas je dalam badan. Tak tahu sama ada kesan madu ataupun mungkin perasaan je.
Ada yang cakap kalau nak tahu madu tu tulen, macam dibakar? huhuhuh rasanya lah….
satu tips yang aku tahu tentang madu asli ni, cuba letak kat lantai setitik. kalau ada semut hurung, insya Allah tak asli la tu.
Susah hendak dapat madu Tualang yang asli ini. Terbaik.
wahhh ini kena try ni..hehehehe 😀
Terima kasih di atas perkongsian info… Banyak khasiat madu Lebah Tualang ini rupanya…. Ini baru kali pertama saya tahu…
berapa lama dahhh hang simpan madu tu haa..
Sebab dah lama tu yang jadi hitam pekat kot… hehehehehe
kalau madu asli memang elok untuk kesihatan..
Cameron highland bnyk gerenti ori
Sememangnya madu adalah penawar terbaik..perlu disebar2kan agar orang Islam semua beralih ke perubatan menggunakan madu..dalam setiap rumah org Islam wajib ada satu bekas madu yg benar2 asli sebagai tanda org Islam..