in

Ada Apa Dengan Johor – Part 3 Senibong


Senibong, tempat yang tidak asing lagi bagi penggemar makanan seafood. Terletak di negeri Johor, jarak perjalanannya dari bandar Johor Bahru hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja.

Minggu lalu, setelah berpenat lelah mencuci mata dengan pameran jentera-jentera hebat..aktiviti seterusnya haruslah disambung dengan aktiviti makan-makan.

Anjung Senibong Seafood
Gaya macam dekat pasar pulak.

Anjung Senibong Seafood menjadi pilihan kami kerana pilihan hasil lautnya yang banyak dan pelbagai, ia juga disyorkan sendiri oleh rakan abang ipar yang telah lama menetap di Johor.

Sejujurnya inilah merupakan kali pertama kali aku menjejakkan kaki kesini jika dibandingkan dengan restoran seafood lain di Senibong yang pernah aku kunjungi semasa bekerja dengan syarikat lama.

Senibong-Anjung senibong seafood
Pintu masuk hadapan
Senibong-seafood-restaurant
Ruangan dalam restoran

First impression, restorannya agak kemas dan tersusun..kedudukannya yang betul-betul ditepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka dan dari jauh kelihatan negara kecil Singapura diseberang sana (maaf terlupa ambil gambar).

Menu makan malam terbaik

Pemilihan menu makanan diteruskan dan sudah tentunya ketam menjadi pilihan utama. Selain itu sotong, udang, kepah dan ikan juga turut menjadi mangsa. Segar-segar belaka.

Senibong-pilihan ikan segar
Terbaik dari ladang
Senibong_ikan
Menunggu giliran
Senibong-ikan bayan segar
Makanlah kami..makanlah kami..
Senibong-lobster udang kara
Lobster..RM160/kg
Senibong-udang ketak
Udang ketak
Senibong-ketam nipah
Mangsa malam ni. Yeah

Dan akhir sekali..sejurus sahaja aktiviti memilih dan memasak sudah siap, apa lagi yang ditunggu-tunggu. Jom makan!!

Senibong-Ketam masak pedas
Ketam masak pedas
Senibong-Ikan bakar
Ikan bakar sambal
Senibong-kepah
Kepah masak pedas
Senibong-sotong tepung
Sotong celup tepung
Senibong-Udang masak butter
Udang butter
Senibong-ikan masak stim asam boi
Ikan masak stim asam boi
Senibong-Tom Yam Campur
Tom yam campur
Senibong-sayur campur
Sayur campur

Secara keseluruhannya, makan malam di Anjung Senibong Seafood ini betul-betul memuaskan hati kami. Nak kata harga mahal sangat pun tidak (RM364.70 untuk 10 orang makan), masakannya pun memang enak. Sesuai sangat dengan citarasa kami sekeluarga.

Dan jika ditanya berapa bintang yang kami berikan, ianya adalah 4.5 bintang daripada 5. Yeah..Lain kali boleh datang lagi.

Nota: Sebagai info tambahan aku sertakan disini kedudukan Anjung Senibong Seafood supaya nanti mudah korang jadikan panduan.


View Larger Map

p/s: Sekali sekala makan ramai-ramai makin sedap jadinya.

Sponsor Ads – Perlukan tempat menginap di negeri Johor? Sila rujuk Agoda.com untuk promosi-promosi terbaru dengan harga yang sangat menarik.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *