in

Ada Apa Dengan Johor – Part 2 Danga Bay


Sabtu lepas jalan-jalan di tempat rekreasi paling popular di Johor Bahru, Danga Bay. Kebetulan pula berlangsungnya Creative Fest 2014.

Danga Bay_Creative Fest-event

Disana, pelbagai booth-both jualan dibuka dan yang paling banyak tentulah booth jualan t-shirt hasil kreativiti generasi Y. Cantik-cantik belaka beb. Terasa nak sambar 3-4 helai, cuma duit je tak ada.

Danga Bay_Creative Fest

Bukan itu sahaja, pameran-pameran kereta antik dan motorsikal berkuasa tinggi oleh kelab berdaftar juga dijalankan.

Van Scooby Doo ada..

Danga Bay_Creative Fest-Van Scooby Doo
Old skool style

Danga Bay_Creative Fest-van Volkswagen

Danga Bay_Creative Fest-van old skool
Sold to me and my family!

Kereta antik ada..

Danga Bay_Creative Fest-Volkswagen car
Volkswagen Beetle in da house
Danga Bay_Creative Fest-kereta antik
Tak perlu cat, main conteng-conteng je.
Danga Bay_Creative Fest-rare car
Sign autograf
Danga Bay_Creative Fest-Model kereta-American muscle
Model kereta muslimah. =P

Vespa ada..

Danga Bay_Creative Fest-vespa
Khair tak layan vespa.

Basikal tua pun ada..

Danga Bay_Creative Fest-basikal tua

Danga Bay_Creative Fest-basikal lama
Orang biasa..Basikal tua~

Danga Bay_Creative Fest-custom bicycle

Danga Bay_Creative Fest-custom tricycle
Tricycle..pakai tayar kereta tu.

Dan yang paling menarik untuk dilihat, deretan motorsikal Harley Davidson gua.

Danga Bay_Creative Fest-Harley Davidson
Pilih mana mau pinjam?

Danga Bay_Creative Fest-motor harley davidson

Danga Bay_Creative Fest-nice harley davidson

Danga Bay_Creative Fest-Harley Davidson motor
Smart woo!!

Danga Bay_Creative Fest-Generation Y

Danga Bay_Creative Fest-custom harley

Danga Bay_Creative Fest-motorsikal harley davidson

Dengan deruman bunyi ekzos yang boleh membuatkan perut bergegar, tangkap leleh gua cakap lu.

Oh ya..tidak dilupakan juga semasa gua berlegar-legar di tapak festival, sempat juga gua back to the future sebentar bersama-sama abang-abang polis berseluar tiga suku ini. Serius..diorang nampak comel. Macam comel je, macam cute je. Hahaha.

Danga Bay_Creative Fest-Kostum polis dulu
Tabik hormat!!
Danga Bay_Creative Fest-polis old skool
Kakak gua siap ugut suruh masukkan gambar dia dalam blog. Hahaha

Walau apapun, apa yang gua boleh katakan suasana di Creative Fest 2014 Danga Bay ini sememangnya sempoi habaq hang. Memang kena dengan jiwa gua.

Dan bagi pendapat peribadi gua, aktiviti sebegini perlu diteruskan dan diadakan setiap tahun supaya ianya secara tidak langsung dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada belia-belia zaman sekarang untuk lebih kreatif dan berdaya saing.

Danga Bay_Creative Fest-Johor

Creative Fest 2014 Rock yoo!!

Info:

Teluk Danga (atau lebih dikenali sebagai Danga Bay) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini. Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah. – sumber Wikipedia.

p/s: Next entri gua up cerita pasal makan-makan kat Senibong pula. Hahaha.

Sponsor Ads – Perlukan tempat menginap di negeri Johor? Sila rujuk Agoda.com untuk promosi-promosi terbaru dengan harga yang sangat menarik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Tu dia… Tengok gambaq pun dah tau memang best tak sangga! Kalau pi masa takdaq event, banyak couple jer melepak situ…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *