Hard Rock Cafe, rasanya ramai yang tahu. Cafe terkenal dengan nama-nama rock star serata dunia. Dekat Kuala Lumpur ini ada satu sahaja dan ianya terletak di Jalan Sultan Ismail, kawasan segi tiga emas.
Sebelum ini Hard Rock Cafe yang pernah aku sampai adalah di Dubai dan Gold Coast Australia.
Malaysia?
Nak kata belum lagi tak juga, baru je sampai sana semalam atas jemputan birthday party anak kedua officemate isteri, Noah Iskandar.
Orang dah jemput kena lah pergi kan. Kalau diri sendiri sengaja nak ke sana memang aku tak pergi rasanya. Sebab macam tak ada keperluan sangat, lainlah kalau Hard Rock Cafe luar negara. Sanggup aku ke sana semata-mata untuk beli t-shirt sebagai tanda kenangan.
Apa-apa pun, dah kata pergi birthday party semalam kan. Nah, layan dulu makanan yang dihidangkan.
Secara keseluruhannya, setiap makanan yang dihidangkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini ada keunikannya yang tersendiri. Rasa..Not too bad laa dan terima kasih diucapkan kepada officemate isteri aku (Nurul & Faiz) kerana sudi jemput kitorang. Appreciate sangat dan korang memang best.
Nota: Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan event, boleh layari laman web Hard Rock Cafe di www.hardrock.com
p/s: Kalau nak tunggu aku pergi sendiri..entah bila lah agaknya. Hahaha.
tak pernah pun sampai Hard Rock Cafe nih… tengok dia punya hidangan makanan, mcm best2 jer… kek lambang hard rock cafe tuh… fuhhh~
Kek tu sebenarnya tempah kat lain..bawak ke Hard Rock..hehe
Owh ingatkan tuan punya blog anak punya birthday. .dah nak terasa hati dah td sbb x hajak gua
Haha..mohon jangan terasa bro..birthday anak aku buat kat rumah je..hehe
aku sampai yang Melaka punya je.. hehehehe.. KL jauh. tak sampai lagi.. hik3
Emm tak pernah lagi jejakkan kaki ke sini..hehe..harganya berpatutan tak bro?
pernah pegi pun sebab launching album dayang nurfaizah…hehehe
pehh..gilalah..wat birthday kat sana tu…
Wah sambut birthday kat Hard Rock Cafe, bertuah punya budak 🙂
mcm menarik jerk burger hard rock cafe tuh. telan air liur je la.
Ada sambutan hari lahir di Hard Rock Cafe rupanya.
tahu hard rock cafe melalui baju yang orang pakai…pergi belum lagi
Menarik gak tempat nie… boleh la buat bachelor party gua kat sini…. kah3x