Ada Apa Dengan Elizabeth Tan

Youtube, peneman gua bila sampai waktu menunggu isteri balik dari tempat kerja. Duduk dalam kereta layan seorang diri.

Well..biasalah. Youtube kan ada macam-macam benda. Dari muzik video sampailah ke full movie. Pilih je mana yang berkenan.

Cuma yang sakit sikit bila layan Youtube ni, nak kena rajin monitor data usage. Takut nanti tiba-tiba exceed limit macam kes dulu. Tak pasal-pasal kena topup data. Hehe.

Okay, bila bercakap pasal Youtube ni..ada seorang amoi cina yang gua rasa dia ni memang cukup talented dalam bab-bab menyanyi. Namanya Elizabeth Tan.

Elizabeth Tan_Havoc by Joe Flizzow_Youtube star

Suara sedap, nyanyi best,  muka pun comel. Gua tak tahu dia ni artis ke apa, tapi gua ingat kalau dia belum jadi artis..gua rasa suatu hari nanti mesti ada komposer yang akan tarik beliau untuk join recording company diorang. Rugi tu, bintang Youtube ni. Ala-ala Ainan Tasneem tapi versi amoi cina.

Apa-apa pun, korang layan dulu lagu yang Elizabeth Tan ni nyanyi. Havoc by Joe Flizzow. Not bad la.

p/s: Video nyanyi lagu Yuna pun best, cair gua cakap lu. Haha.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. ajin bro cari bakat-bakat baru dekat You Tube untuk diketengahkan menjadi artis…

    Kalau ada komposer yang baca entri ini, terus dia ambil Elizabeth Tan jadi artis rakaman… hehehe

  2. wow! memang best suara dia… biasalah… buat video kat youtube nih cara paling mudah nak ketengahkan bakat time zaman sekarang nih… kalau nak masuk apa-apa audition pun belum tentu terpilih… jadi cara paling senang, jadi bintang youtube dulu… bagi org kenal dia…

    kalau tak silap, Yuna pun dulu pernah masuk audition juga.. tapi tak lepas… lastly, dia popular sendiri dengan ketengahkan bakat dekat video-video youtube yang dia buat… akhirnya, jadi artis ternama juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *