in

Ada Apa Dengan Cuti Sekolah

Penyamun pecah rumah

Pagi ini keluar rumah, jalan lengang.

Oh ya..cuti sekolah sudah pun bermula. Patutlah tak nampak kelibat bas-bas sekolah atas jalan raya.

Musim cuti seperti ini pasti ramai orang yang sudah merancang untuk bercuti dengan keluarga tersayang. Ada yang ingin bercuti didalam negara dan tak kurang juga ada yang ingin ke luar negara..semuanya bergantung kepada poket masing-masing.

Tetapi sebelum kita pergi bercuti meninggalkan rumah, adakah kita sudah melakukan persiapan yang sepatutnya? Adakah barang-barang yang ditinggalkan dirumah berada dalam keadaan yang selamat?

Sebagai panduan dan rujukan bersama, jom kita sama-sama semak persiapan yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan rumah sepanjang tempoh sepeninggalan kita.

Tips Mencegah Pecah Rumah

Perompak pecah rumah

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

  • Tidak kira siang ataupun malam, kebiasaannya kes pecah rumah berlaku ketika penghuni tiada dirumah.
  • Ia juga berlaku apabila berlakunya kecuaian oleh pemilik atau penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana untuk mengelak perkara ini daripada berlaku:

  • Pintu dan tingkap hendaklah dikunci apabila rumah ditinggalkan walaupun untuk tempoh yang singkat.
  • Tidak menyembunyikan kunci dibawah pasu, alas kaki ataupun didalam rak diluar rumah
  • Tidak meninggalkan nota menunjukkan tiada orang dirumah
  • Hentikan langganan surat khabar sepanjang tempoh rumah ditinggalkan
  • Sertai program rukun tetangga bagi meningkatkan kerjasama dan kenalan disekitar rumah.
  • Tinggalkan maklumat (alamat rumah, nombor telefon) kepada balai polis yang terdekat dengan mengisi Borang Maklumat Balik Kampung

Tips-tips tambahan:

  • Memasang pintu utama dan pintu belakang dengan bahan yang kukuh dan tahan lasak.
  • Memasang jeriji besi berkunci pada setiap pintu dan tingkap rumah
  • Memasang lampu yang mempunyai pengesan pergerakan
  • Memasang alat keselamatan tambahan seperti penggera bunyi dan juga CCTV

Info lanjut: www.rmp.gov.my


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Time cuti sekolah nie memang memacam kes ader… Semalam ada customer datang kedai cari lappy baru – rumah kena pecah – habis semua dirembatnya…

  2. kalau anak dah besar nanti baru tau nak planning apa waktu cuti sekolah..sekarang, cuti sekolah atau tak…rutin harian tetap sama 🙂

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *