in

Ada Apa Dengan Cupcake


Cupcake! Secomel namanya, kini cupcake digemari oleh setiap lapis masyarakat dan seakan-akan menjadi pemanis mulut yang wajib dalam apa jua keadaan. Dan sebagai salah seorang penggemar tegar untuk manisan ini, yang menjadi pilihan hati tentulah cupcake dari Wondermilk. Walaupun harganya sedikit mahal, namun berbaloi dengan kepuasan selepas menikmati kek comel ini. Yummy!

cupcake sedap

bukan sekadar menjadi pencuci mulut, malah kini turut dijadikan sebagai salah satu hantaran utk majlis pertunangan dan perkahwinan. Hafiz sendiri telah menghadiahkan saya cupcake sebagai hantaran pertunangan kami dulu. Terdapat pelbagai variasi cupcake yang boleh didapati, dari buttercream cupcake yang ringkas hinggalah fondant cupcake yang tampak esklusif.

cupcake red velvet

Antara yang selalu menjadi pilihan hati adalah red velvet. Rasanya yang unik dan tidak menimbulkan rasa muak menjadikan ianya pilihan utama. Tentu ramai diluar sana yang mempunyai citarasa yang sama.

Dan memandangkan permintaan terhadap cupcake semakin hebat, terdapat banyak kelas-kelas mempelajari cupcake yang ditawarkan dimana asas untuk membuat kek comel ini akan diperturunkan kepada yang berminat. Namun bagi yang mempunyai kekangan masa, jangan risau kerana kini ilmu ini dapat juga diperolehi secara online iaitu melalui pembelian .

Manalah tahu selepas mempelajari teknik-teknik yang betul dapat pula berniaga kecil-kecilan. Mahu seribu daya, kan? Jadi, yang berminat..boleh dapatkan ebook ini cepat-cepat. Berbaloi baloi tau.

Nota: Entri ni isteri gua yang buat, sebab dia die hard fan cupcake.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *