in

Ada Apa Dengan Batuk


Sejak kebelakangan ini, tanya rakan-rakan semuanya tengah tak sedap badan. Ada yang demam, ada yang selsema dan ada juga yang batuk.

Aku? Demam dah ok, selsema rasanya pun dah tak ada..batuk? Yang ni masih maintain ada walaupun dah berkurang daripada 2 minggu lepas.

Kalau diikutkan sudah beberapa botol ubat batuk aku habiskan tetapi batuknya tetap juga tidak hilang-hilang. Ada juga orang tua aku bagi minum rebusan herba dari tabib cina..rasanya manis, tapi baunya..pehhhhhh, nak terkeluar isi perut. Itu pun masih juga batuk ini segan-segan nak hilang.

Jadi, apa yang aku buat sekarang adalah biarkan saja. Rasanya dah malas nak makan apa-apa ubat kecuali jadikan minuman panas seperti teh, nescafe, air limau ataupun air suam sebagai minuman wajib setiap kali menjamu selera.

Ada juga nasihat daripada rakan-rakan untuk aku amalkan petua tradisional iaitu dengan meminum air suam dicampurkan dengan limau nipis dan juga madu. Yang itu masih lagi belum berkesempatan untuk aku cuba, sebabnya tak sempat nak cari madu original.

Mungkin kalau aku rasa dah malas sangat, aku beli sahaja madu yang dijual di 7Eleven. Okay tak?

Sedikit info mengenai batuk.

Proses terjadinya batuk
Bagaimana terjadinya batuk

Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. batuk kering – yang tidak menghasilkan kahak dan biasanya ia akan menyebabkan tekak berasa gatal
  2. batuk berkahak – yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas. Secara teorinya, batuk jenis ini merupakan batuk yang “membantu” kerana ia mengeluarkan rembesan kahak daripada rongga pernafasan seseorang.

Sumber: Wikipedia

p/s: Sekarang ni musim agaknya..bapak, mak, anak ramai yang kena. Untung siapa jadi doktor. Hehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. perit oo kalau batuk berpanjangan ni..ingat dulu, nak tidur pun tak lena.bagun tidur batuk tak tenteram jadinya..boleh menganggu ketenteraman orang ramai. Belum lagi time solat.

  2. Ada 3 jenis petua menghilangkan batuk yang dapat saya kongsikan di sini:

    1) Minum Habatussauda…
    2) Minum limau nipis dengan madu dan kicap cair
    3) Berkumuh dengan air suam yang dilarutkan dengan garam…

    Petua nombor 3 memang mujarab kerana saya pernah mencubanya… Tetapi setiap kali cuba pasti termutah, sebab terlalu masin dalam tekak… Lepas tu rasa lega mungkin disebabkan habis bakteria dalam tekak kena bunuh dengan air garam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *