in

Ada Apa Dengan Baju Kurung


Kata orang..kemahiran itu penting kerana melalui kemahiran itu akan membolehkan seseorang itu menetapkan hala tuju masing-masing. Sebagai contoh, aku gunakan seorang tukang jahit atau secara spesifiknya tukang jahit baju kurung.

Rata-rata tahu, majoriti kaum perempuan di Malaysia akan memiliki baju kurung. Baju kurung adalah baju kebangsaan bagi perempuan melayu, dan ia adalah baju wajib yang perlu ada didalam almari pakaian lebih-lebih lagi apabila seseorang perempuan itu merupakan seorang penjawat awam.

Gadis Korea pakai baju kurung
Awek KPOP pun pakai baju kurung tau..

Tetapi tahukah anda berapa harga sepasang baju kurung?

Mencecah ratusan ringgit! Baru-baru ini ketika pulang ke kampung, aku berkesempatan singgah ke kedai baju wanita bagi mencari set baju kurung untuk dipakai oleh keluarga isteri semasa hari pernikahan adik ipar bulan depan.

Agak mengejutkan bila mana harga sepasang baju kurung moden biasa (kain chiffon lace) rata-ratanya berharga seratus ringgit ke atas belaka. Dalam fikiran aku, wah..untung betul kalau pandai menjahit. Kos yang sedikit tetapi untungnya berlipat kali ganda.

Oh ya..alang-alang bercakap tentang jahit baju kurung, mungkin ada yang berminat akan promosi akhir tahun ini.

Promosi ebook panduan menjahit baju kurung. Didalamnya terkandung segala jenis info yang diperlukan termasuklah ilmu asas menjahit baju, mengambil ukuran, melukis pola, memotong kain, jahit tepi, jahit poket, jahit pinggang dan lain-lain lagi.

Antara kelebihan ebook ini adalah:

  1. Harganya murah, RM50 sahaja.
  2. Ia menjimatkan masa kepada sesiapa yang ingin belajar tanpa perlu menghadiri kelas dan boleh dibuat rujukan pada bila-bila masa sahaja.
  3. Ia senang difahami kerana segala tunjuk ajar yang diberi disertakan sekali gambarajah dan langkah-langkah yang terperinci.
  4. Memberi jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari sekiranya pembeli tidak berpuas hati

Jadi, berbalik kepada untungnya seorang tukang jahit baju..terlintas difikiran aku, ada bagusnya jika sesiapa yang ingin mencari duit poket tambahan (lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah ini), belajar menjahit baju kurung. Bukan apa, kemahiran menjahit adalah kemahiran yang tak lapuk dek zaman. Selain cut cost, musim raya boleh ambil tempahan. Mana tahu satu hari nanti bila dah korang dah pandai menjahit, boleh buka butik baju macam Rizalman ataupun Rizman Ruzaini..takpun Hatta Dolmat. Nothing impossible kan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. saya tidak punya keahlian menjahit, ebooknya bisa dijadikan rujukan buat kita2 yang ingin belajar dan mahir dalam menjahit
    trims infonya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *