in

Penting Ke Insurans?


Susulan kes Khair dimasukkan ke dalam wad KPJ Kajang tempoh hari..Alhamdulillah, tak lama. Hanya tiga hari. Bermula daripada hari jumaat petang hinggalah ahad petang sahaja.

Sepanjang tempoh tiga hari, 75% daripada jumlah kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans iaitu Etiqa Insurance & Takaful. Manakala selebihnya menggunakan duit sendiri kerana kos tambahan yang dikenakan bagi menaik taraf twin room kepada single room.

Klik untuk besarkan
Klik untuk besarkan

Tak mengapalah, tambah sikit aje. Ratus-ratus, bukan ribu-ribu. Kalau ribu mahu garu kepala sekejap. Lagipun keputusan untuk menaik taraf bilik twin room kepada single room itu diatas persetujuan bersama isteri bagi memastikan keselesaan kepada Khair yang tersayang.

Family comes first. Duit boleh dicari, betul tak?

Tapi apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Etiqa Insurance & Takaful kerana sepanjang urusan pembayaran kepada KPJ Kajang, tiada sebarang masalah yang timbul. Memang terbaik dan berbaloi menggunakan perkhidmatan mereka.

So, siapa cakap insurans tak penting sekarang?

p/s: Jumlah tanggungan bil medical card bergantung pada pakej insurans yang diambil. Abang ipar ada buat insurans, kalau berminat bolehlah Hafiz tolong rekemenkan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. insurans tu ada co payment tak bro?

    p/s: abang sohoque pon ada buat takaful. siap ada blog lg. kalau nak ambik ngan abg sohoque pon ok. hehehehe

  2. Alhamdulillah. Semuanya dah selamat.

    Mmg penting ada insurans ni. Ia ibarat kad kecemasan utk kita guna bila perlu.

    p/s- dapat idea utk tulis next entri….pasal insurans juga

  3. takaful (islamic insurans) terutama medical, amat penting esp utk anak2. kalau tak sekali masuk spital parah wooo. kalau kompani tanggung tak per la jugak

  4. Bila dah kena baru tahu kepentingan insuran tu, bila tak kena apa-apa memang sentiasa rasa rugi. Tapi soalan berikutnya adalah berapa ramai yang membeli insuran berkesempatan menggunakan khidmat bantuan insurance yang dibelinya…jeng-jeng-jeng?

  5. nak murah or free masuk hospital kerajaan tapi situasi dan keadaan kat sana boleh bayangkan sendiri…lebih selesa hospital swasta..

    khair saja jer nak uji duit poket papa dia hehehehe

  6. Zaman skrg ni, insuran mmg penting..!!

    Last year, mak warded too. Utk wat MRI. Beribu2!! Mujur gak ada medical card dr insuran company ni.kalo tak..? smpi skrg la mak tatau mak sakit hapa.

  7. Pada pendapat saya insurans sangat penting, untuk pelaburan dan persediaan sekiranya musibah menimpa diri kita. .. ini disebabkan kita tidak tahu, apa yang bakal kita hadapi pada kemudian hari. Kata orang malang tidak berbau, kalau kita dapat menghidu malang, mungkin kita tidak memerlukan insurans. .

    Daripada insurans, saya lebih suka ambil takaful. . Syukur alhamdulillah, kami 4 beranak mempunyai medical kad milik sebuah syarikat takaful. . Dengan takaful, kita boleh menyimpan dan mendapat perlindungan insurans. . 2 dalam 1..

  8. Tahniah tuan sebab dah ada perlindungan takaful. tak kisah la kompeni mana2pun. asalkan ada dari takde.

    terbaik tuan. syabas kerana menyokong industri takaful di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *