in ,

3 Idea Kreatif Perabot D.I.Y Berasaskan Kayu Pallet


Suka betul aku dengan konsep D.I.Y guna kayu pallet ni. Rasa macam hipster betul. Dah lah kos nak dapatkan kayu pallet ni boleh dikatakan masih lagi mampu milik, nak buat apa pun boleh.. asalkan imaginasi korang kreatif.

Tak sengaja aku surf internet siang tadi, terjumpa aku dengan beberapa tutorial D.I.Y akan bagaimana untuk menghias rumah dengan perabot yang diperbuat daripada kayu pallet ni.

Actually, kalau ikutkan memang ada banyak tutorial. Tapi dalam banyak-banyak tutorial.. ada 3 tutorial yang menarik minat aku dan berkemungkinan besar satu hari nanti kalau ada masa terluang, aku nak cuba buat.

Tutorial pertama iaitu cara untuk membuat pasu bunga seperti dibawah ni haa. Sumber rujukan korang boleh rujuk projek D.I.Y daripada instructables.com.

Nampak tak? Stylo kan pasu bunga macam ni. Nampak eksklusif gila walhal sebenarnya dibuat menggunakan kayu pallet saja.

Kedua, cara membuat kerusi makan angin. Gambar kat bawah. Kerusi macam ni sesuai sangat letak kat laman rumah. Lebih-lebih lagi bila rumah ada beranda besar, memang best. Petang-petang boleh jadi port lepak sambil makan goreng pisang dan minum teh panas. Hehehe.

Untuk tutorial macam mana nak buat, korang boleh rujuk projek D.I.Y daripada placeofmytaste.com.

Dan tutorial yang ketiga, iaitu tutorial cara D.I.Y untuk buat swing bed (buaian) daripada projek D.I.Y daripada themerrythought.com.

Benda alah ni lebih kurang je macam buaian yang kita ikat kat pokok tu je, cuma aku berkenan sebab kali ini ia menggunakan kayu pallet.

Swing bed diperbuat daripada kayu pallet.

Lebih menyelesakan.. dialas dengan tilam dan bantal yang tebal dan empuk. Pehh.. confirm lentok beb. Betul tak?

Haa see, ini baru 3 idea yang korang boleh buat dengan kayu pallet. Kat luar sana banyak lagi koleksi tutorial D.I.Y kayu pallet yang korang boleh dapat. Masing-masing mempunyai rekaan yang kreatif belaka. Bergantung kepada citarasa kita, korang boleh pilih mana satu yang korang berkenan untuk dibuat dirumah.

Cuma, kalau nak buat kat rumah sendiri.. especially kalau korang memang bercadang nak cover seluruh ruang dalaman rumah dengan perabot D.I.Y kayu pallet, itu.. hati kena cekal sikit lah kan. Yelah, sebab kerja D.I.Y ni kerja fizikal. So, banyak guna tenaga.

Tips jimat tenaga ketika melakukan kerja D.I.Y

Tapi bagi menjimatkan tenaga dan masa korang dalam melakukan aktiviti D.I.Y perabot-perabot kayu palet dirumah, korang boleh je gunakan peralatan Metabo sebagai teman kerja korang.

Metabo merupakan jenama bagi produk profesional power tools keluaran Jerman yang diedarkan oleh Jasa Kita. Terdapat banyak produk Metabo yang dipasarkan. Namun, produk yang aku rekemenkan adalah peralatan tanpa wayar keluaran mereka yang menggunakan pek bateri.. Dari segi satu sudut positif, ia memberikan lebih flexibilty ketika korang melakukan kerja D.I.Y.

Tambahan pula, produk keluaran Metabo memberi jaminan selama 36 bulan jaminan pada pek bateri setiap peralatan tanpa wayar. Yang mana ia merupakan tawaran jaminan yang lebih lama berbanding jenama-jenama lain diluar sana.

Salah satu cordless drill Metabo. Smart gak kan? Kredit gmbar – www.isaactan.net

Untuk senarai dan maklumat lanjut mengenai produk-produk Metabo, korang boleh layari www.metabo.com. Dan sekiranya korang mempunyai pertanyaan bagaimana untuk mendapatkan produk-produk berjenama Metabo ini, korang juga boleh hubungi pengedar sah Metabo Malaysia di www.jasakita.com.my.

p.s: Siapa sebelum ni memang pernah buat D.I.Y pallet? Cer komen sikit nak tengok.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *