iPhone 7 running on iOS 11, so far so good. Lebih smooth compare to the previous version. File size untuk update pun agak besar, dalam lingkungan 1.9Gb. So, before korang update please make sure iPhone korang ada space yang mencukupi.
Ada orang kata bila iPhone user update iOS over the air (OTA), most probably akan ada problem dengan certain function. Tapi as of my experience dengan 2 biji iPhone 7, me and my wife.. Both was successfully updated thru OTA. All seems to be good. Cuma kalau korang bercadang nak download file update iOS 11 dalam 2-3 hari ini, posibility duration untuk complete download file iOS 11 akan mengambil masa yang lebih lama, ini kerana server Apple tengah bekerja keras untuk deliver file tersebut kepada jutaan pengguna iPhone di serata dunia.
Real case bilamana wife download file update kelmarin dalam jam 7 petang, dia mengambil masa hampir 3 jam untuk achieve 100%. Sedangkan aku yang download file update few hours after Apple announce the official release (Apple release jam 1.00 pagi, aku download jam 4.00 pagi semalam), tak sampai 30 minit dah siap download.
So, please bear in mind kalau korang nak update iOS 11 guna kaedah OTA, kena make sure connection WiFi stabil, bateri mencukupi dan korang tak ada plan nak keluar pergi mana-mana. So that tak akan ada interuption masa proses download.
Features terbaru dalam iOS 11
Seperti yang dah aku terangkan dalam artikel lepas, melalui iOS 11 ada few function baru yang ditambah dan tak kurang juga ada restriction daripada pihak Apple, bilamana aplikasi 32-bit tidak lagi boleh diguna pakai.
Akan tetapi, aku tak nak bercerita lebih tentang restriction what so ever sebab aku pun tak berapa pasti (kekurangan buat research). Cuma dalam artikel ini, let me focus on the features yang ditambah kedalam iOS 11. Let’s check it out.
1. First thing first, control centre dah lain. Tak macam yang versi iOS sebelum ini, control centre dalam iOS 11 dah boleh customize mengikut apa yang korang nak display. Cara nak customize; pergi ke Settings > Control Centre > Customise controls. Dari sini korang klik pada buttong “+” (berwarna hijau) pada mana-mana function yang korang nak display di control centre korang.
2. Markup tools yang ringan dan powerful. Tak seperti dalam iOS versi terdahulu dimana sekiranya korang ingin memasukkan markup dalam sesuatu screenshot, korang perlukan aplikasi pihak ketiga. Melalui iOS 11, wujud built in function yang membolehkan korang terus edit gambar berkenaan menggunakan tools yang disediakan.
Pen (default), highlighter, pensel, pemadam, lasso tools, colour, text dan bermacam-macam lagi. *Kalau guna iOS 11 pada iPad Pro, boleh dipadankan dengan Apple Pencil.
3. Nak ON/OFF data dan Wi-Fi dah senang. Dah ada shortcut kat Control Centre.
Tapi untuk Wi-Fi, bila korang OFF dari Control Centre, ia hanyalah bersifat sementara. Meaning, dalam satu tempoh tertentu, iOS 11 akan auto-ON kan balik Wi-Fi. *Tapi kalau korang nak permanently OFF Wi-Fi dan guna bila perlu saja, boleh je sebenarnya. Pergi ke Settings > Wi-Fi > OFF dan korang hanya ON bila korang rasa nak guna.
4. Offload Unused Apps – benda ni memang berguna bagi iPhone yang storage tak besar. Especially those yang guna iPhone 16Gb, install beberapa apps je terus dah hampir penuh kan? So, gunanya benda alah ni bilamana ia akan automatic uninstall mana-mana apps yang tidak dipakai, tapi dalam masa yang sama icon dan segala data yang berkaitan dengan apps yang di-uninstall tadi masih disimpan rapi.
Cara nak enable fungsi ni; Settings > General > iPhone Storage > Offload Unused Apps. *iOS 11 akan kembali muat turun, pasang dan kembalikan data apps secara automatik bila kita cuba akses semula apps tersebut dengan menekan icon yang masih wujud.
Cara nak disable fungsi ni pulak; iTunes & App Store > Offload Unused Apps > Switch off.
5. Instead of menggunakan format MPEG untuk video dan JPEG untuk gambar pada iOS versi terdahulu, terkini didalam iOS 11, gambar dan video yang dirakam akan menggunakan format baru iaitu HEIF (High Efficiency Image File) dan HEVC (High Efficiency Video Codec). Kelebihan format baru ni dimana file sizenya setiap gambar dan video yang terhasil lebih kecil dan menjimatkan storage.
*Tetapi, dimaklumkan bahawa fungsi ini hanya diguna pakai sekiranya korang menggunakan SEKURANG-KURANGNYA iPhone 7, ataupun iPad Pro. Bagi user iPhone dan iPad generasi sebelum-sebelumnya, gambar dan video yang dihasilkan masih dalam format lama. **User boleh memilih sama ada untuk kekal menggunakan format lama melalui tetapan yang boleh dibuat di Settings > Camera > Formats > High efficiency (format baru) atau Most Compatible (format lama).
6. Quicktype Keyboard – Sesuai untuk mereka yang berjari kontot dan susah nak taip semua huruf di keyboard dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Di paparan keyboard, korang nampak icon emoji (smiley face) disebelah kiri bawah?
Press and hold emoji tersebut untuk display option susunan keyboard; sama ada lebih cenderung ke kiri, normal atau lebih cenderung ke kanan. Sebagai contoh kalau aku right hand user ambil option yang lebih cenderung ke kanan, so keyboard akan compress ke bahagian kanan whereby memudahkan korang untuk menaip eventhough hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
7. Dan lastly, fungsi Screen Recording. Yakni fungsi yang dah lama dinanti-nantikan, dimana user boleh merakam video paparan on screen, dengan pilihan suara dan tanpa suara.
Selalunya fungsi ini digunakan untuk merakam simple tutorial, tak kurang juga kegemaran para Youtuber yang selalu memuat naik video gameplay permainan yang dimainkan di peranti mereka. Rujuk sini untuk tutorial ringkas menggunakan screen recording – Bagaimana untuk menggunakan fungsi screen recording pada iOS 11?.
Actually, masih banyak fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan dalam kemaskini iOS 11 ini, seperti Files, Augmented Reality, Do Not Disturb dan Live Video. Namun, bagi aku fungsi-fungsi tersebut jarang diguna pakai. So, bergantung kepada mood.. kalau rajin maybe next time aku akan share info-info berkenaan dengan fungsi tersebut. Tetapi kalau ditakdirkan aku tak rajin.. kira halal je la ye. Hehehe.