Isu ini tak berkesudahan. Selagi ada yang meminjam dan ada yang sudi memberi.. selagi itu masalah ini akan sentiasa wujud. Bila dah memberi pinjam, akan timbul lagi isu yang sering kita baca di media sosial, “pinjam pandai nak bayar hutang bukan main susah!“
Sudah menjadi lumrah di akhir zaman ini, masa nak minta berhutang bukan main manis dan lembut budi bicaranya. Kawan yang ada simpanan sedikit pun jadi lembut hati, dengan niat nak menolong kawan yang berada dalam kesusahanya, kononnya.
Sebaliknya, lain pula yang terjadi apabila tiba masa untuk membayar hutang. Yang memberi hutang pula terpaksa merayu-rayu untuk mendapatkan kembali duitnya. Lagi malang, yang berhutang memaki hamun kawannya yang memberi hutang. Sampaikan ada yang sanggup memutuskan tali persahabatan yang telah lama disulam.
Justeru itu sekiranya anda sebagai seorang pemberi pinjaman, apakah cara yang terbaik untuk menuntut kembali hutang secara ‘halus’ dan berkesan?
Didalam entri blog ini tidak akan mengajar bagaimana untuk memberi 1001 alasan untuk tidak membayar hutang, akan tetapi akan dikongsikan 7 teknik tuntut hutang dengan cara menghantar pesanan ringkas yang paling lembut tapi mendalam maksudnya:
- Bro, boleh bayar balik tak duit RM2000 yang kau pinjam tempoh hari, separuh pun jadilah dulu.
- Ok bro, kalau tak mampu, bayar suku dulu pun boleh. RM500 ok.
- Kalau kau tak mampu juga, takpe, boleh bayar RM400 sebulan. Cukup 5 bulan setellah tu.
- Kalau kau tak mampu bayar RM400 sebulan, ok..half pon boleh. RM200 sebulan. Cukup 10 bulan, insyaAllah setel.
- Ok, kalau RM200 sebulan pun tak mampu juga, RM100 sebulan pun boleh bro. Cukup 20 bulan, boleh setel tu.
- Kalau tak mampu RM100 sebulan, RM50 sebulan pun aku dah sangat bersyukur. Cukup 40 bulan, insyaAllah setel.
- RM50 pun tak mampu juga? RM10 sebulan pun boleh bro. Janji cukup 200 bulan setel. Tapi doalah banyak-banyak supaya nyawa bro dipanjangkan selama 200 bulan ni. Kalau tak, kena Google~lah akibat tak bayar hutang di alam sana. Kalau bro bayar lump sum RM2000, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Semoga idea untuk kata-kata hikmah daripada seorang yang baik hati seperti pemberi hutang di atas ini mampu menyelesaikan masalah hutang beliau. Kami pasti, kata-kata sebegini mampu menampar muka penuh keegoan si penghutang itu.
Pesanan kepada pemberi hutang, sentiasa menggunakan akal bijaksana untuk menuntut kembali hak kamu. Kalau tak, halalkan sahaja dan jangan bising bising di medsos.