6 Channel Youtube Terbaik Malaysia 2019


Lately makin kerap aku habiskan masa melayan channel-channel video yang ada kat Youtube ni. Mula-mula rasa macam apa benda aku buat ni, better layan Twitter daripada Youtube. Tapi lama-kelamaan, rasa addicted tu makin tinggi.

Bermula daripada aku subscribe channel mat-mat saleh yang buat editing video terutamanya otai videografer yang dapat kumpul jutaan follower dalam beberapa minggu. Kemudian dari situ, satu per satu aku explore pulak channel-channel video tempatan yang buat review gadget, makan, vlog dan jugak travel.

So, alang-alang ada beberapa channel yang dah jadi favourite aku.. nak lah juga aku share dengan korang kan channel apa yang jadi pilihan aku. Kot-kot la korang ada masa terluang untuk layan sama. Ini dia.. top 5 channel Youtube pilihan aku!!

Kchup

Sumpah.. bila masuk bab channel Youtube yang review makan, Kchup jadi pilihan aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa menyampah gila dengan sifat riak takbur Aim dalam setiap video Kchup, tapi itulah tarikan channel Kchup yang sebenarnya. Tiap kali tengok dia suap makanan ke mulut.. weh, kurang ajarnya kau. Terus rasa lapar. Hahaha. Amar pun not bad dah sekarang, dulu kaku.. keras macam batu. Tapi boleh nampak la sekarang ada improvement, review dia pun dah makin menarik. – Channel Youtube Kchup

Padu Beb Studios

Dalam channel ni, aku follow Pian. Channel yang banyak review pasal makan jugak. Walaupun review dia tak semantap Aim dalam Kchup, tapi penampilan Pian pun quite good. Dia makan, aku yang kecur air liur. Level kurang ajar gak ni. Selain daripada review makanan, Padu Beb Studio ada jugak review pasal gadget. Dan untuk makluman, salah satu channel yang mempengaruhi aku untuk beli GoPro Hero 7 Black, adalah channel Padu Beb Studios ni la. Jahat kan. Huh. – Channel Youtube Padu Beb Studios

Smashpop

Channel ini lebih kepada niche gadget review. Aku terjebak untuk subscribe channel Smashpop ni bilamana ada seorang membe share link video unbox DJI Osmo Pocket dalam group WhatsApp, mamat cina yang nama Jason tu sumpah lawak. Mungkin disebabkan dia cina yang cuba berbahasa Melayu, dan penggunaan kosa kata yang kadang-kala tak sesuai dengan situasi.. so itu yang menjadikan ia lawak. Sempoi-sempoi videonya. Korang tak caya, pergi usha channel ni. – Channel Youtube Smashpop

Zukiemohamad

Dia ni aku aku rasa tak perlu diperkenalkan kot. First time aku tonton video dia dekat Facebook, ada orang share video lawak yang bersuara chipmunk. Tak ingat yang mana, tapi bila dah sekali layan.. macam nice gak untuk dilayan selalu. Tak sangka dalam Youtube pun dia ada sama. So, alang-alang jumpa dalam Youtube.. aku subscribe je. – Channel Youtube Zukiemohamad

MrKokom

Channel Kokom ni bersifat nasihat. Dalam video-video dia mesti diselitkan nasihat-nasihat yang berunsur islamik. Walaupun pada awalnya tengok muka Kokom macam orang tak ada perasaan, tapi mesej yang nak disampaikan dalam setiap video dia memang tersemat dalam hati aku. So, bagi mengelakkan aku menjadi lebih orang yang lebih lalai.. channel sebegini aku subscribe jugak. – Channel Youtube MrKokom

Hafiz Rahim

Dalam banyak-banyak channel kat atas ni, channel Hafiz Rahim yang korang tak boleh brain sekali. Walaupun channel ni channel baru, tapi content yang dimuat naik mantap gila. Transition kiri kanan atas bawah. Dah semacam editor pro yang hasilkan video dia. Latest, pasal 2 kelebihan GoPro Hero 7 Black tu la. Teruja betul aku tiap kali Hafiz Rahim ni bersuara. Dah la kacak.

So, bagi mengelakkan korang terlepas untuk tengok video-video Hafiz Rahim ni.. pergi subscribe dia laju-laju okay lepas tonton video dia. – Channel Youtube Hafiz Rahim

Haaa..jadi, inilah dia channel-channel top pilihan aku dan yang selalu aku habiskan masa untuk tengok diorang mengomel. Actually ada banyak lagi channel best, macam channel Daus Redscarz Channel – dia ni lebih kepada review mee segera ramen. Kalau korang nak tahu mee segera mana yang sedap, pergi la rujuk sana.

Nak senaraikan semua channel yang aku layan, takut korang muntah pulak nak baca. Next time kalau aku rajin, aku share channel-channel Youtuber barat yang jadi sumber rujukan aku pulak.

p.s: By the way, Hafiz Rahim tu aku la. Hahaha. Memang terpaksa puji diri sendiri. Kalau tak diri sendiri yang puji, siapa lagi nak puji. Kan.. kan.. Kua kua kua.


4 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini