Tak lama dah nak cuti sekolah lagi. Masa ni berebut-rebut lah mak ayah tengah cari pakej-pakej ataupun tempat percutian menarik cuti sekolah untuk bawa ahli keluarga. Family time la katakan. Sama macam aku jugak, cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk luangkan masa dengan anak-anak.
Bukan lah nak kata kalau cuti sekolah sebulan lebih kita kena spend masa ambil cuthi sebulan juga, tapi memadai kalau kita mohon cuti 2-3 hari untuk bawa mereka ke mana-mana tempat yang menarik.
Tempat yang menarik tu pulak bergantung kepada masing-masing juga, ada yang suka pergi tempat-tempat seperti theme park, tak kurang juga ada yang suka pergi ke tempat-tempat yang boleh melakukan aktiviti mandi pantai ataupun hiking contohnya.
Maka, disebabkan tempat-tempat menarik di Malaysia ni ada banyak sangat pilihannya, best.. tak best, mahal.. murah. Jadi, disini aku nak tolong korang untuk sort out tempat-tempat menarik yang pernah aku pergi apabila tibanya cuti sekolah.
Legoland, Johor
Terletak di Nusajaya, Johor. Bolah dikatakan taman tema paling popular di Malaysia. Menjadi kegilaan anak-anak kerana ia membawa tema permainan Lego. Ada banyak jenis permainan indoor theme park disini, dan ia juga menyediakan water park sekiranya ingin bermandi manda. Secara jujurnya kalau korang bercadang nak datang ke sini, kena standby 2 hari minimum dan beli je annual pass terus untuk save cost. Pergi sehari memang tak sempat nak habiskan semua permainan. Hohoho. – Baca disini untuk kesemua kisah aku dan keluarga berkunjung ke Legoland.
Sunway Lagoon
Dah namanya pun lagoon, so secara umumnya orang berkunjung kesini semata-mata untuk bermandi manda. Taman tema air ini dilengkapi dengan pantai buatan dan kolam-kolam yang besar, kemudian disediakan banyak permainan yang boleh dimain bersama anak-anak. Kalau dah penat mandi, korang boleh juga berkunjung ke taman tema hantu, teman ekstrim dan taman hidupan.
Bangi Wonderland
Sebuah lagi taman tema air yang berada di dalam negeri Selangor. Walaupun tak sebesar Sunway Lagoon, tetapi kalau korang lebih fokuskan kepada tempat yang jauh daripada kesesakan jalan raya, Bangi Wonderland adalah jawapannya. Dilengkapi dengan pelbagai permainan air, kalau bawa anak-anak, sehari suntuk belum tentu diorang puas bermain air. Hahaha – Baca sini Berbaloi Ke Pergi Bangi Wonderland?
Genting Highland
Lebih kepada taman tema dan aktiviti window shopping. Kalau dulu Genting Highland tak berapa menarik sebab semua yang tersedia adalah benda-benda lama. Namun kini, kebanyakan daripadanya termasuklah shop lot dan juga taman tema, diperbaharui untuk keselesaan pengunjung. Tak kurang juga suasana dingin diatas sana, menawarkan suasana seperti korang berada di luar negara. Feeling ala-ala kat negara sejuk la katakan.
Farm In The City, Seri Kembangan
Tempat untuk korang memperkenalkan anak-anak korang dengan fauna. Dikenali sebagai petting zoo, Farm In The City, Seri Kembangan popular di Malaysia kerana ketersediaannya kepada pengunjung-pengunjung cilik mendekati haiwan-haiwan peliharaan. Ada kuda, kura-kura gergasi, arnak, rusa, alpaca dan pelbagai spesis ternakan haiwan yang boleh disentuh. Secara jujurnya, bagi anak-anak yang jarang pulang ke kampung, inilah tempat paling sesuai untuk mereka beriadah. Mak ayah juga tak terkecuali untuk turut teruja bila berdepan dengan haiwan-haiwan ni. Hehehe
Jadi secara keseluruhannya, 5 tempat diatas adalah destinasi untuk aku selalu bawa anak-anak sekiranya tiba musim cuti sekolah. Ia menjadi pilihan aku bukan hanya kerana ia menyeronokkan, malah ia sedikit sebanyak menjimatkan masa aku daripada terpaksa berulang alik ke 2-3 tempat yang berbeza. Cubalah pergi kalau tak percaya. Hehehe.
Nota: Risau tentang tempat penginapan? Rujuk saja AirBNB. Pencarian homestay korang lebih terjamin dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding penginapan di hotel. Nak tahu macam mana nak dapatkan tawaran terbaik melalui AirBNB, boleh rujuk sini – Panduan Dan Tips Tempah Homestay Murah Melalui Airbnb
Cuti sekolah hujung tahun dah bermula… terbaik tempat2 ni untuk bawa anak-anak….