in

5 Platform Jana Income Dengan Blog


Tipu lah kalau ada blogger yang buat blog hanya sekadar hiburan kepada diri sendiri dan tak mahu generate income. Mulut je kata taknak tu, tapi jika dilihat dalam blog bersepah dengan iklan di bahagian header dan sidebar. Maaf ye kalau ada yang terasa. Hehe

Dah jadi lumrah manusia, kalau ada sesuatu yang boleh menguntungkan mesti ramai yang akan berminat. Seperti blogging juga, aku pasti ramai yang yang tertarik untuk membina blog bukan kerana ia sesuatu yang addictive tapi kerana ia boleh menjadi salah satu satu punca pendapatan dengan cara senang (tak ada lah senang sangat sampai boleh goyang kaki 24jam, peminta sedekah pun buat kerja juga).

Ok, cukup dengan leteran. Kali ni biar aku kongsi sumber-sumber yang membolehkan korang jana pendapatan melalui berblogging.

  • Nuffnang – Dimiliki oleh Timothy Tiah. Nuffnang akan membayar para blogger melalui iklan yang diletakkan didalam blog. Cara untuk mendapatkan duit ialah melalui iklan “per click” atau “per impression”. Per click dimana earning akan diterima bagi setiap unique click yang diterima. Per impression pula dimana earning akan diterima setiap kali iklan dipaparkan sebanyak 1000 kali.
  • Google Adsense – Dimiliki oleh syarikat gergasi Google. Sama konsep seperti Nuffnang, tetapi kelebihan adsense terletak pada iklan mereka yang pelbagai jenis dan saiz. Bayaran dibuat dalam matawang USD melalui Western Union, dan boleh ditebus pada hari yang sama ia payment diisukan. Cuma yang agak tak berapa menarik ialah, earning bagi blog berbahasa melayu yang agak rendah. Mungkin kerana tidak ramai advertiser yang beriklan dengan pihak Google Adsense.
  • Innity – Platform pujaan ramai. Boleh dikatakan platform pengiklanan yang membayar para blogger dengan bayaran yang paling tinggi. Tetapi agak premium dan high class kerana hanya blogger yang terpilih yang boleh berdaftar dengan mereka. Blog terpilih mestilah mempunyai minimum 200,000 pageviews dan 40,000 unique visitors per month. Target yang agak tinggi dan sememangnya sukar untuk blog-blog baru.
  • Admax / Komli (Sudah dihentikan perkhidmatan) – Sama seperti Innity, ia merupakan platform pengiklanan bagi blog-blog premium sahaja cuma minimum requirement tidak setinggi Innity. Setiap pendaftaran blog akan direview secara manual terlebih dahulu oleh pihak Admax sebelum diluluskan. Bayaran akan dibuat dalam USD. Tetapi yang melecehkan apabila setiap kali blogger ingin cash out earning mereka, mereka perlu menyediakan sendiri invoice.
  • Direct Advertising – Bergantung pada jenama blog itu sendiri, sekiranya sesuatu blog itu telah dikenali ramai dan menerima ribuan trafik setiap hari, kaedah ini merupakan yang terbaik. Nilai dan cara bayaran ditentukan oleh korang sendiri. Pengiklan tidak terhad samada daripada individu ataupun syarikat. Dan bayaran itu akan diterima oleh anda 100% tanpa perlu berkongsi dengan pihak lain. Sekiranya iklan tersebut datang dari pihak korporat, memang korang akan masyukkkk. Hehehe

Sebenarnya kalau nak diikutkan ada banyak lagi platform pengiklanan yang boleh korang pakai. Cuma yang aku senaraikan adalah berdasarkan pengetahuan aku dalam dunia blogging dan kepopularitian mereka. Sekiranya ada daripada korang yang berpendapat masih ada lagi platform pengiklanan yang lebih bagus, sudi-sudilah komen dan share ye. Mana tahu, yang lain dapat merasa juga.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. amboi kenapa kena sediakan invoice sendiri.ahaha
    semua aku tak join.main PPC jep.kalau mengiklan ni lebih pada PPC,affiliates tu jer.huhu

  2. aku baru ja guna komli sebulan tapi earning dia dah cecah rm1000 hari nih dapat invoice dia suruh cash out problem karang nih nak buat invoice tuh camana tah ada sapa2 tau dak>????

    • Google adsense agak susah kalau nak apply sekarang..syarat yang ditetapkan lebih ketat..yang boleh buat, hanya maintain blog sekerap mungkin..then apply adsense..jangan copy paste entri orang lain.

Leave a Reply to cerita apakah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *