Satu benda yang paling menjengkelkan bila kita sedang nyenyak tidur ada bunyi-bunyi nyaring nyamuk berterbangan. Kemudian dihinggapnya dibadan kita lalu disedut-sedutnya darah seperti seekor vampire yang kelaparan.
Tambah menjengkelkan lagi apabila kesan daripada gigitan nyamuk itu, kulit kita mula berbintat kegatalan hingga menyebabkan kita mula tidak dapat tidur lena. Tergaru sana, tergaru sini.. sekaligus menamatkan moment indah kita ketika sedang bermimpi ingin melamar Neelofa.
Akibat mimpi yang diganggu itu, korang mula berasa marah lalu berazam untuk mencari cara untuk mengelakkan diri daripada digigit nyamuk durjana itu lagi, selain membungkuskan diri dengan kain gebar yang lama-kelamaan akan terselak juga bilamana korang tidur buas bagaikan seekor raksasa.
#1 Menggunakan kelambu
Cara pertama yang paling efektif sejak berkurun lamanya digunakan adalah dengan menggunakan kelambu. Menurut sejarah, penggunaan kelambu telah tercatat digunakan sejak kurun ke-18, iaitu ketika mengelakkan ratu Mesir terkemuka, Cleopatra daripada digigit nyamuk.
Penggunaan kelambu adalah dalam pelbagai cara. Namun cara paling mudah dan tidak kejam adalah dengan mengikat sejenis kain nipis jarang di ke empat-empat bucu tempat tidur.
#2 Semburan nyamuk
Cara kedua ini yang agak kejam, tetapi antara cara yang efektif untuk membunuh nyamuk-nyamuk ini daripada mula menghisap darah korang.
Caranya adalah dengan menyembur seluruh kawasan rumah korang menggunakan apa-apa semburan aerosol nyamuk yang ada di rumah.
Sembur aerosol nyamuk itu menghala ke siling, fokuskan pada tempat yang gelap seperti bawah tangga, bahagian belakang sofa atau dibawah katil, kemudian tutup semua pintu dan tingkap untuk mengelakkan nyamuk ini dapat meloloskan diri.
Waktu ideal untuk menggunakan cara semburan nyamuk ini adalah di waktu senja ketika mana nyamuk-nyamuk ini mula bergerak aktif mencari mangsa. Ya, kena serang mereka sebelum mereka serang korang. Serang!
#3 Menggunakan ubat nyamuk
Cara yang kurang menggunakan tenaga berbanding cara kedua. Hanya dengan menggunakan ubat nyamuk sama ada jenis yang berbakar ataupun elektrik, korang perlu pasang ubat nyamuk ini sekali saja untuk kesan sepanjang malam.
Ramai yang menggunakan cara ini terutamanya mereka yang tidur buas, kerana cara pertama menggunakan kelambu mungkin tidak lagi dapat menyelamatkan diri mereka daripada diserang nyamuk penghisap darah.
Oh ya.. satu keburukan menggunakan ubat nyamuk jenis bakar, bau asapnya sangat kuat.
#4 Losyen anti nyamuk
Untuk mereka yang ada bajet lebih dan malas nak menyusahkan diri dengan memasang kelambu atau menyembut aerosol atau memakai ubat nyamuk, mungkin korang boleh mencuba cara keempat, iaitu dengan menyapu losyen anti nyamuk. Disarankan korang menggunakan losyen yang mempunyai bahan DEET (diethyltoluamide) ke permukaan badan.
Penggunaan losyen ini boleh dikatakan cara yang efektif untuk mengelakkan diri daripada digigit nyamuk, kerana mungkin setelah menggunakan losyen ini nyamuk tidak lagi mengesan bau korang sebagai bau yang wangi namun ianya bertukar menjadi bau yang hapak. Hahaha.
Perlu diingatkan, sila semak kandungan DEET supaya tidak melebihi 30%, kerana peratus DEET yang tinggi boleh memudaratkan kesihatan.
#5 Gunakan limau nipis dan bunga cengkih
Cara tradisional orang-orang zaman dulu tanpa mengeluarkan modal membeli kelambu dan segala semburan, ubat nyamuk ataupun losyen, iaitu hanya dengan menggunakan beberapa biji limau nipis dan bunga cengkih.
Caranya mudah saja, korang hanya perlu potong dua limau nipis kemudian cucuk bahagian dalam limau nipis itu dengan bunga cengkih.
Namun, difahamkan cara tradisional ini tidak berapa berkesan sekiranya korang hendak mengelakkan diri daripada digigit nyamuk hutan, kerana nyamuk hutan lebih “sado” daripada nyamuk-nyamuk biasa. Kalau tak percaya, cuba korang tangkap seekor nyamuk hutan, besar ooo!
Nota kaki:
Nyamuk memang membahayakan kesihatan, melalui gigitan nyamuk ini kita boleh terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti demam denggi, malaria, Japanese Encephalitis, Zika dan bermacam lagi. Cara yang dikongsikan diatas boleh membantu mengelakkan korang daripada terkena penyakit tersebut, akan tetapi cara yang terbaik untuk menghidarkan kita dan keluarga kita daripada ancaman penyakit-penyakit ini adalah dengan memastikan persekitaran rumah tidak mempunyai air bertakung.
Kerana melalui air yang bertakung ini, ia mengundang nyamuk-nyamuk untuk terus membiak. Fakta mengatakan, seekor nyamuk Aedes boleh menghasilkan lebih kurang 100 telur pada satu-satu masa. Hohoho.. banyak tu.
fuhhh bnyaknya nyamuk tu yang tgn. geram je nak pukul. hahaha