in

46 Teknik Hindar Gangguan Jin Dan Syaitan Laknatullah


Pagi ini terima satu perkongsian di WhatsApp mengenai teknik-teknik yang boleh menghindarkan diri kita daripada gangguan jin dan syaitan.

Untuk rujukan bersama dimasa-masa yang akan datang, berikut adalah apa yang telah dikongsikan:

  1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Syaitan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai , kita yang kena.
  2. Jangan biar baju di sidai di luar berembun. Biarkan di luar , esok basuh balik baru jemur balik. Nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum Maghrib.
  3. Jangan biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah menjemput masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
  4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu Maghrib. Syaitan/jin akan masuk melalui ruang-ruang yang terbuka.
  5. Banyakkan bersedekah untuk hindarkan penyakit, termasuk penyakit hati, hasad dengki.
  6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu Maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.
  7. Jangan biarkan anak main luar umah waktu maghrib.
  8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
  9. Jangan kencing berdiri. Jin atau syaitan cacat yang disambar petir akan sihat semula apabila terkena air kencing orang berdiri.
  10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik tahi dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
  11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah. Kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak kencing dalam makanan yang terbuka lama.
  12. Jgn makan makanan yang terbuka lama.
  13. Jangan tidur kaki menghadap kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan muka hala ke arah kiblat. Sihir mudah masuk kalau tidur kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.
  14. Jangan gantung gambar bernyawa didalam rumah.
  15. Jangan pamerkan patung kecuali mainan anak.
  16. Gunakan jam tawaf di rumah untuk dapatkan aura tawaf. 1 kes dimana satu jam tawaf digantung dalam umah. Isteri jatuh3 kali, bila dikaji isterinya ada saka.
  17. Pasangkan CD ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
  18. Basuh pad wanita sebelum buang ke dalam tong sampah. Jika tidak , jin suka makan darah.
  19. Jangan makan atau minum dengan tangan kiri.
  20. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
  21. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada yang tak kena, spray saja.
  22. Solat jemaah dalam keluarga at least 3x seminggu.
  23. Masuk rumah bagi salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.
  24. Jangan tidur antara waktu asar dan maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
  25. Peluk isteri suami setiap bangun pagi.
  26. Peluk dan cium anak bila pergi ke sekolah.
  27. Tiupkan al fatihah di ubun anak masa tidur dan niatkan .
  28. Genggam beras. Selawat 3x, Al-fatihah 1x, kacau ikut tawaf masa nakmasak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
  29. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh: hati.
  30. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
  31. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
  32. Mandi garam pagi dan petang.
  33. Pakai minyak kasturi sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi-wangian.
  34. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
  35. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
  36. Amalan zikir Asma Ul Husna.
  37. Sedekah selepas subuh. Untuk income banyak, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.
  38. Makan kurma 1 hari 1 biji
  39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
  40. Baca doa untuk lembutkan hati suami isteri. Tiup kat ubun dan telinga dia.
  41. Baca surah Al-Falaq 11x sblm tido, 3 kali ayat qursi.
  42. Baca Bismillah 3x sebelum makan. Bismillahillazi, terlindung dari santau.
  43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun waktu malam.
  44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biarkan gelap.
  45. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.
  46. Segalanya serah pada Allah taala. Tawakal dan berdoa setiap pagi waktu subuh.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *