4 Artikel, Need For Speed

Akhirnya siap jugak. Dari pagi sampai ke malam duduk mengarang dan semak artikel yang hendak di-submit pada client. Nak kata banyak bukan banyak pun, ada empat je. Tapi masa yang diambil mengalahkan orang ada 40 artikel.

Adoyai.. Mata pun dah pedih-pedih. Dah lama sangat menghadap laptop.

Mungkin dikalangan rakan-rakan blogger, aku sorang je kot yang ambil masa mengarang artikel lama macam ni. Kalau dalam exam SPM dah tentu tak sempat siap. Hahaha.

Tapi.. lama-lama tadi pun, sempat jugak aku skip beberapa jam. Pergi jumpa Shakiddo yang baru balik dari mengundi sebab nak collect barang.

Hafiz Rahim-Shakiddo-Philips
Jari biru, alien

And then pergi layan Need For Speed sekejap dekat Alamanda sorang-sorang. Lepas itu baru balik sambung kerja.

And so far kalau korang tanya aku macam mana feedback tentang movie Need For Speed ini.. Emm macam mana nak cakap ek.
Movie ini nak kata best sangat.. tak jugak. Kira so-so je. Jalan cerita agak simple, banyak part yang diorang skip. Tapi dari segi action memang terbaik. Kereta pun power-power.

need-for-speed-2014

Cuma kalau nak dibandingkan dengan Fast & Furious, better lagi Fast & Furious lah. Visual, sound effect, jalan cerita dan watak..memang aku bagi markah penuh. Tapi bagi movie Need For Speed ini, cukup setakat 3.8 bintang je kot. Hehehe.

Okay, mata dah ngantuk. Badan dah penat. So, kena masuk tidur sudah. Nite-nite kawan-kawan.

p/s: Macam gedik pulak ayat nite-nite tu.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. mmg takde idea kali ni. mmg kena merepek lagi.
    rasanya kalau artikel kita merepek tapi masih dalam point. Diaorang ttp akan luluskan.

    pasal need for speed..betul..ada rasa kurang sikit. hero cuma bawak kereta ford aje… ngan Agera R.

    kalau dalam game..semua kereta pun kita boleh cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *