Ya.. Tubuh manusia sangat unik. Kadang-kala kita sendiri sebagai manusia, langsung tidak tahu akan kewujudan fakta-fakta menarik tentang tubuh badan kita.
Kemisterian tubuh badan kita juga berlaku kerana ia merupakan satu bentuk hidupan yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Terdapat banyak fakta-fakta menakjubkan yang boleh dikongsikan, namun yang agak unik dan paling mengujakan adalah seperti berikut:
#1 Setiap orang menanggalkan 22 kilogram sel kulit mati sepanjang hidup mereka.
#2 Badan kita mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan sebatang paku sepanjang 3 inci.
#3 Setiap satu daripada 2000 orang bayi yang lahir ke dunia, akan dilahirkan bersama sebatang gigi.
#4 Sepanjang hidup, kita akan menghasilkan air liur yang mencukupi untuk mengisi dua buah kolam renang.
#5 Satu daripada 20 orang mempunyai tulang rusuk tambahan, dan mereka itu selalunya adalah lelaki.
#6 Terdapat kira-kira 96,000km saluran darah di dalam setiap tubuh manusia.
#7 Seseorang yang kurang tidur akan mati lebih cepat berbanding mereka yang kelaparan. Mereka yang kelaparan biasanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa minggu.
#8 Kuman lebih banyak dipindahkan ketika kita berjabat tangan berbanding mencium seseorang.
#9 Badan kita lebih tinggi di waktu pagi; Setiap hari, tulang rawan di antara tulang kita dimampatkan ketika melakukan aktiviti harian, menjadikan kita kira-kira 1cm lebih pendek di penghujung hari.
#10 Selalunya kepala manusia masih dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal.
#11 Seperti cap jari, setiap orang mempunyai bentuk lidah yang unik.
#12 Otot terkuat di dalam tubuh manusia adalah lidah dan tulang yang paling kuat pula adalah tulang rahang.
#13 Bersin selalunya berkelajuan 160 km/j, manakala batuk jam pula berkelajuan kira-kira 100km/j.
#14 Asid didalam perut kita cukup kuat untuk menguraikan pisau cukur.
#15 Kita berkongsi 98.4% daripada dna kita dengan cimpanzi dan 70% dengan lintah bulan.
#16 Jantung manusia mempunyai tekanan yang mencukupi untuk mamancutkan darah setinggi 30 kaki ke udara.
#17 Otak tidak merasakan kesakitan; Walaupun otak memproses dan menghantar isyarat sakit ke seluruh badan, otak itu sendiri tidak benar-benar dapat merasakan kesakitan.
#18 Setiap orang mempunyai bau yang unik, kecuali kembar seiras yang akan sama baunya.
#19 Manusia adalah satu-satunya hidupan yang boleh menghasilkan air mata ketika beremosi.
#20 Kaki manusia mempunyai 52 tulang, menyumbang satu perempat daripada kesemua tulang didalam badan manusia.
#21 Ia adalah mustahil untuk seseorang itu merasa geli digeletak oleh diri sendiri.
#22 Dua daripada tiga orang kebiasaannya tidak dapat melihat dengan sempurna.
#23 Manusia mempunyai 46 bilangan kromosom, kacang mempunyai 14 manakala udang karang mempunyai 200 bilangan kromosom.
#24 Terdapat nikotin yang mencukupi di dalam empat atau lima batang rokok untuk membunuh seorang dewasa sekiranya ditelan keseluruhannya.
#25 Gigi adalah satu-satunya bahagian didalam tubuh manusia yang tidak dapat membaiki dirinya sendiri.
#26 80% dari otak adalah air.
#27 Hidung secara purate boleh mengingati 50,000 jenis bau yang berbeza dan selalunya deria bay wanita adalah lebih baik daripada lelaki.
#28 Dalam tempoh masa 30 minit, badan kita mengeluarkan haba yang mencukupi untuk memanaskan kira-kira 2 liter air sehingga mendidih.
#29 Otak manusia beroperasi pada aliran kuasa 10 watt.
#30 Pendengaran manusia akan berkurangan apabila badan terlalu panas.
andaikan gigi dapat membaiki dirinya sendiri, gigi saye tak perlu ada tambal lah
seronok baca fakta2 ni..dapat jugak ilmu baru 🙂