3 Portal Online Wajib Baca


Pembacaan online dah semacam wajib sejak-sejak wujudnya kemudahan telefon pintar. Kalau dulu untuk dapatkan sesuatu info, kita nak kena beli surat khabar ataupun tunggu berita di kaca tv. Tapi sekarang, sambil buang air besar dalam tandas pun dah boleh terima berita terkini.

Macam aku, aku suka baca portal atau web berita awal-awal pagi. Sebab pada masa tu, suasana masih lagi tak berapa bising dan kerja pun belum mula.

Well, bercakap mengenai portal, agak selective jugak sebenarnya aku ni. Tak kesemua portal yang aku nampak kawan share sosial media aku baca. Especially kalau dah terkena sekali portal atau blog yang penuh iklan popup, memang aku banned seumur hidup. Hahaha.

By the way, suka untuk aku kongsi 3 portal bacaan harian aku adalah seperti dibawah.

Amanz.my

Portal Amanz ini berkongsikan tentang teknologi. Diorang ni semacam tech geek la. Tak kisah lah pasal dunia web ke, pasal telefon pintar ke, tablet ke, hackers attack ke.. semua info yang berkaitan dengan dunia teknologi memang diorang akan update. Dan, update tu pulak bukan pakai bahasa rojak. Bahasa melayu yang proper okay. Memartabatkan bahasa Melayu gitu.

Boleh kata untuk portal Amanz.my ini adalah portal utama untuk aku jenguk tiap-tiap hari. Dan actually aku dah agak lama follow portal Amanz, sejak diorang guna domain Amanz.net.

Overall, dari segi disiplin untuk update portal, memang diorang tip top. Tak pernah lagi missed 1 hari untuk update. Dulu diorang blog secara kecil-kecilan, sekarang dah jadi media tech company yang disegani. Good job team Amanz.

TheVocket

Team Vocket pun antara yang aku kagum. Komited untuk push online media to the next level. Kalau Amanz mungkin progress diorang untuk jadi se-gah sekarang ambil masa yang sedikit lama, tapi Vocket semacam fast track. Dalam 2-3 tahun gitu dah established dan part paling best, TheVocket dah dibeli oleh Media Prima dengan harga yang tinggi.

Ramai juga dikalangan rakan-rakan blogger yang jadikan TheVocket ni sebagai inspirasi diorang. Teamwork, kerajinan update portal.. dah semacam sama level macam team Amanz. Ini pun kira portal wajib aku jenguk hari-hari.

OHSEMPOI

Haa.. OHSEMPOI.com ni portal baru. Tapi yang bestnya, content akan dikemaskini setiap hari ada. Setahu aku, OHSEMPOI tu adalah gabungan perkataan ohsem dan sempoi. So, jadilah ohsempoi. Artikel yang rajin dikemaskini adalah berdasarkan info yang santai-santai. Pendek kata kalau kepala tengah serabut, korang try la jenguk sana. Ini pun antara portal wajib aku baca setiap hari.

Dari segi perjalanan portal ni nak capai tahap Amanz dan Vocket mungkin jauh lagi. Tapi kalau tengok daripada gaya.. possibility tu ada. Cuma perlu kekalkan momentum. Dan yang best buat masa sekarang, portal OHSEMPOI tak serabut dengan iklan popup. So, boleh baca dengan tenang. Hehehe.

Kesimpulannya.. tak ada benda nak simpul sangat pun. Apa yang aku boleh kata, 3 portal ni antara portal yang disukai oleh aku. Dan sebenarnya ada banyak lagi portal lain yang aku suka macam Rileklah.com, thepatriots.com, iluminasi.com dan lain-lain. Cuma banyak diantara portal ni firewall office aku dah block. So kalau nak baca, kena baca through phone. Itu kena bergantung pada keadaan la. Tengok bila aku free.

Dan kalau untuk portal international pulak, aku suka baca TheVerge.com, mashable.com, boredpanda.com dan beberapa tech portal. So korang pulak macam mana? Cer share kat ruangan komen. Mana tahu aku boleh terminat jugak ke lepas ni.



8 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini