Pejam celik.. pejam celik.. Sebulan lagi nak puasa. Korang dah berjaya ganti puasa belum? Kalau belum ganti, better ganti cepat-cepat. Sebab tempoh masa sebulan tu bukan lama pun, silap-silap nanti bila tak sedar, esok nya dah masuk 1 Ramadan. Kang terpaksa bayar fidyah. Hehehe.
Well.. bercerita bab bulan Ramadan, memang tak dinafikan akan ada banyak tawaran-tawaran buffet ramadan yang menarik. Tak kurang juga pilihan makanan yang sedap-sedap bila bertandang ke bazar Ramadan.

Bagi aku, antara menu-menu pilihan ketika berbuka puasa adalah seperti 3 yang disenaraikan dibawah. Pendek kata, kalau tak jumpa menu lain tapi ada salah satu menu dibawah ni pun kira dah puas hati dah. Hehehe.
- Kuih tepung pelita – Kuih tradisional yang evergreen. Bahagian putih atas, rasanya lemak-lemak masin. Bahagian hijau bawah pula manis. Kuih pelita ini sentiasa menjadi pilihan ramai. Dan kalau di kawasan Selangor ataupun KL, yang popularnya adalah kuih pelita Paya Jaras. Pergi mana-mana bazar Ramadan, sure ada jual punya. Kalau korang rajin boleh follow resepi kuih tepung pelita untuk buat sendiri kat rumah.
- Air jagung – Air yang pernah viral satu ketika dulu. Lemak-lemak manis dan ada jagung hancur didalamnya. Lebih nikmat kalau tengah-tengah dahaga minum air jagung sejuk.. Pehh.. puas beb. By the way, nak buat air jagung tak susah mana pun, korang boleh rujuk resepi air jagung untuk detail.
- Ayam percik – Menu wajib. Paling kurang 2 atau 3 kali aku akan beli sepanjang bulan Ramadan. Itu pun hanya beli ayam percik Hidayah yang dijual di bazar Ramadan Serdang. Ayam percik Hidayah rasanya unik especially kuah perciknya yang cukup rasa lemak, manis dan masam. Dan yang paling penting.. tak mudah basi. Even korang boleh simpan sampai ke waktu sahur dan hangatkan. Pendek kata boleh dikategorikan sebagai ayam percik paling best setakat ini yang aku pernah makan.
So, bagi korang.. apa menu kegemaran korang bila tibanya bulan puasa? Share kat komen please. Mana tahu aku boleh cuba nanti. Hehehe
p.s: Niat puasa bulan Ramadhan ingat lagi tak?
kuih pilihan ramai hehe
Roti john! hehe
Roti john kalau ada daging cincang tabur banyak2 kat dalam tu sedap. Tapi jarang orang jual yang macam ni. hehe