Tiba je bulan Ramadan, pelbagai jenis menu kuih muih menerjah masuk kedalam otak. Nak beli itu, nak beli ini.. Walhal kuih-muih yang diinginkan itu kalau nak dibeli pada hari biasa pun, ada je jual. Betul tak?
Al-maklumlah, dah nama pun bulan Ramadan. Puasa, perut pun lapar. So, otak terbayang nak makan yang sedap-sedap je. Hehehe.
By the way dalam banyak-banyak kuih, 3 jenis kuih yang aku senaraikan dibawah ini adalah jenis kuih-muih yang boleh dikatakan hot masa bulan puasa. Bukan sahaja hot, tapi agak rare juga. Sebabnya, kalau hari biasa.. dia tengok tempat jugak kalau nak ada jual pun. Tapi kalau tiba bulan Ramadan, merata-rata bazar Ramadan ada jual.
Tepung Pelita
Kuih tepung pelita confirm jadi rebutan, lebih-lebih lagi kalau dapat yang tukang masaknya pandai buat akan terasa lemak-lemak manisnya. Fuuuu.. Bagi aku, kuih ini dah jadi antara menu wajib atas meja sebelum berbuka. Favourite wooi.
Akok Kedut
Kuih akok kedut, kalau belah pantai Timur kuih ini dalam kategori tak rare dah. Hari-hari ada orang jual. Cuma, kalau masuk belah KL atau Selangor, nak jumpa kuih akok kedut ni cukup payah. Dah lah payah dapat, nak dapat yang sedap.. lagi lah susah. Tapi kalau dah jumpa, memang puas hati beb. Rupa je nampak berkedut, tapi bila dah makan sekali mesti nak lagi.
Pulut Panggang
Sama spesis dengan akok kedut juga. Belah pantai timur memang banyak. Lebih banyak apabila tiba bulan Ramadan, siap ada yang bakar jual tepi jalan. Tapi kalau kat KL atau Selangor, menangis nak cari weh. Didalamnya inti kelapa ikan, makan panas-panas.. pehhh. Leleh siot.
p.s: Kalau zaman mak-mak kita dulu kuih macam ni diorang buat sendiri je. #kuihtradisional
Sedap juga ni.. Kegemaran ayah ena
akok tu huiiiii feveret tu,10 biji pun abis makan sensorang kikikiki
nad kuih buah melaka, pelita..hehe
Semuanya sedap, list menu wajib berbuka puasa
Sedaaappp 😀
akok tu huiiiii feveret tu,10 biji pun abis makan sensorang, mantab la…
kalau ke bazar macam2 nak beli…