Bulan Ramadan ini pelbagai pihak telah mengeluarkan iklan raya masing-masing. Ada yang menarik, ada yang lucu, ada yang poyo, ada yang sedih, dan ada juga yang entah apa-apa.
Berkongsi cerita mengenai video-video yang telah diterbitkan di laman Youtube, berikut adalah video-video comel bertemakan hari raya yang telah disenaraikan oleh Google Malaysia sebagai video yang mendapat angka tontonan paling tinggi di laman YouTube tahun ini.
Mudah.my – Goodbye Good Buy
Comel pada lagu nya. Lirik manglish yang mencuit hati.
Celcom – Mak Kata
Kanak-kanak. What to say.. mereka sememangnya comel. 🙂
Expedia – Teringat
Penceritaan yang menarik.
Dalam ketiga-tiga iklan ini, yang paling menarik dan comel bagi aku ialah iklan Expedia. Dengan watak pelakonnya yang agak “bulat” dan baby face. Kembar 4 pulak tu. Huu.. Serius, nampak comel okay. Hahaha
p.s: Tahun ni korang iklan raya mana yang paling best korang tengok. Tak kisah la video comel ke, sedih ke. Cer share sikit. Kot-kot la aku tak tengok lagi.