21 Laman Web Yang Menawarkan Stock Photo Secara Percuma

Membuat website, menulis artikel, pengiklanan adalah antara contoh-contoh servis yang memerlukan gambar. Gambar menjadi satu faktor penting dalam menyiapkan task-task yang diperlukan.

Untuk penjimatan kos, mungkin kita sendiri boleh menggunakan kamera sendiri untuk mengambil gambar yang diinginkan. Namun, tidak semua orang mempunyai bakat untuk mengambil gambar yang cantik.

Akan tetapi syukurlah zaman sekarang arus digital berkembang pantas, kini sudah banyak laman-laman web yang menyediakan gambar stok. Dan part yang paling best, those stock photos are FREE dan bebas digunakan oleh sesiapa saja.

Didalam artikel ini, aku mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan korang senarai laman-laman web yang menawarkan stock photo ini secara percuma.

Nota:

Kebanyakan gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah bebas daripada sekatan hak cipta atau dilesenkan di bawah dedikasi creative commons public domain. Ini bermakna korang boleh menyalin, mengubah suai, mengedar dan menggunakannya untuk keperluan kerja dan komersial tanpa perlu meminta izin.

Walau bagaimanapun, sesetengah daripada free stock photo ini mungkin memerlukan kredit kepada pemilik asal. Sebelum menggunakan gambar-gambar ini, dinasihatkan kepada korang untuk melakukan semakan dalam menentukan bagaimana stock photo ini boleh digunakan.

StockSnap.io

StockSnap.io menawarkan banyak pilihan stock photo percuma yang cantik dan beresolusi tinggi. Ditambah dengan ratusan stock photo percuma setiap hari, laman ini juga mempunyai ciri carian yang sangat berguna. Menjadikannya ia mudah untuk membantu korang mencari gambar yang dikehendaki dalam ribuan gambar-gambar yang disediakan.

Unsplash

Unsplash menawarkan koleksi stock photo beresolusi tinggi secara percuma dan menjadi salah satu sumber terbaik untuk stock photo. Menawarkan hanya gambar-gambar terbaik di laman utama mereka, semua stock photo adalah bebas digunakan secara percuma di bawah lesen Unsplash.

Burst (oleh Shopify)

Bersumberkan daripada Shopify, Burst menyediakan stock photo untuk usahawan. Semua gambar didalam laman web ini dilesenkan di bawah Creative Commons CC0 dan boleh digunakan seperti yang disediakan.

Burst dilancarkan untuk membantu usahawan membuat produk, laman web, dan kempen pemasaran yang lebih baik. Kebanyakan stock photo adalah gambar asal yang diambil di dalam rumah dan bertemakan niche perniagaan. Namun. korang juga boleh mencari gambar-gambar umum.

Gratisography

Gratisography menawarkan gambar beresolusi tinggi secara percuma yang boleh korang gunakan dalam projek-projek peribadi dan komersil. Gambar-gambar terbaru akan ditambah secara mingguan kedalam laman web ini dan ianya bebas daripada sekatan hak cipta. Semua gambar ditangkap oleh Ryan McGuire of Bells Design.

Negative Space

Negative Space menyediakan 20 gambar baru setiap minggu yang dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0. gambar-gambar stock ini boleh dicari dan boleh disusun mengikut kategori dan warna.

Freestocks.org

Freestock menawarkan pelbagai stock photo bermutu tinggi yang dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

Picography

Laman web Picografi mengandungi free stock photo cantik yang ditangkap oleh Dave Meier dan beberapa orang jurugambar lain. Kesemua gambar-gambar disini dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

MMT Stock

MMT Stock adalah koleksi stock photo beresolusi tinggi yang disediakan oleh Jeffrey Betts. Jeffrey suka berkongsi gambar komputer, ruang kerja serta bunga dan alam semula jadi. Semua gambar dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

SkitterPhoto

SkitterPhoto menawarkan pelbagai stock photo percuma dan dikeluarkan di bawah CC0 Creative Commons. Semua gambar adalah asli dan diambil oleh pemilik Skitterphoto.

Life of Pix

Life of Pix adalah laman web stock photo percuma yang dicipta oleh agensi kreatif LEEROY. Ia menawarkan gambar beresolusi tinggi secara percuma tanpa sekatan hak cipta dan ia ditambah setiap minggu.

Little Visuals

Sedikit perkhabaran sedih. Pemilik Little Visuals, Nic telah meninggal dunia. Namun, gambar-gambarnya tetap dalam ingatannya. Semua gambar yang dikongsikan adalah bebas digunakan dibawah dedikasi creative commons public domain.

Death to Stock Photos

Setiap bulan satu pek 10 keping stock photo percuma dalam kategori tertentu akan dihantar ke inbox email korang. Matlamat Death to Stock Photos adalah untuk memberikan korang pelbagai pilihan yang mungkin boleh digunakan oleh korang dalam penggunan mockups, posting blog atau media sosial.

Death to Stock Photos menggunakan lesen mereka yang tersendiri yang boleh korang baca di laman web mereka.

FoodiesFeed

FoodiesFeed menawarkan ribuan stock photo makanan secara percuma. Ianya realistik dan beresolusi tinggi. Ini menjadikan laman web ini adalah laman web stock photo yang paling ideal untuk food blogger.

Picjumbo

Picjumbo adalah koleksi stock photo percuma yang boleh digunakan untuk kerja-kerja komersial & peribadi anda. Gambar baru ditambah setiap hari dari pelbagai kategori termasuk abstrak, fesyen, alam semula jadi, teknologi dan lain-lain lagi.

IM Free

Sebuah laman web bersumber bebas yang menyimpan koleksi stock photo untuk kegunaan komersil. Oleh kerana semua gambar datang dari pelbagai sumber, sesetengah daripada gambar didalam IM Free mungkin memerlukan kredit kepada pemilik asal.

New Old Stock

New Old Stock, menawarkan stock photo vintaj dari arkib awam yang diketahui bebas daripada sekatan hak cipta.

Pixabay

Pixabay menawarkan koleksi-koleksi stock photo, vektor dan ilustrasi seni secara percuma. Semua koleksi didalam laman web ini dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

Jay Mantri

7 stock photo baru dikeluarkan setiap hari Khamis di bawah lesen Creative Commons CC0. Jay Mantri berkongsikan beberapa gambar yang cantik dari pelbagai jenis tema yang berbeza.

Kaboom Pics

Kaboom Pics menawarkan pelbagai stock photo percuma yang berkualiti tinggi termasuk abstrak, seni bina, fesyen, makanan, landskap dan lain-lain lagi. Gambar-gambar didalam laman web ini boleh digunakan untuk tujuan komersil tetapi tidak boleh dijual atau diagihkan.

Epicantus

Epicantus mengandungi stock photo asli yang diambil oleh Daria dan boleh digunakan secara percuma. Semua gambar yang dikeluarkan adalah di bawah Creative Commons CC0.

ShotStash

ShotStash menawarkan pelbagai jenis gambar. Mereka yang bertanggungjawab menambah stock photo baru ke dalam laman web ini setiap hari dan ianya boleh digunakan secara percuma sama ada untuk penggunaan komersil ataupun peribadi.

StyledStock

StyledStock menawarkan stock photo feminin secara percuma untuk kegunaan setiap usahawan wanita. Koleksi ini adalah percuma, dan ianya boleh digunakan dalam kerja-kerja komersial ataupun peribadi.

Kesimpulannya

Seperti yang korang lihat, terdapat banyak sumber yang boleh digunakan untuk mencari stock photo yang menarik. Laman-laman web ini menjadi penyelamat kepada pereka-pereka, pemasar serta blogger dalam menyelesaikan kerja-kerja tertunggak, kerana mereka bukan sahaja boleh menggunakan gambar yang cantik, malah yang paling seronok ianya adalah percuma.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 4 Comments

    Leave a Reply
    1. Hi, very informative article.
      Please also check out https://www.goodfreephotos.com for thousands of unique public domain photos, all high-resolution and free to use for any purpose.We specialize in photos by location as we document cities, national parks, state parks, national landmarks, and more. We update with 20+ photos each week. Appreciate it if you could add us to your list of sites.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kenapa Aku Suka Restoran Mak Aji

    Pergi Masjid Curi Selipar